Home K-History Kisah Di Sebalik 38th Parallel, Jalur Pemisah Korea Selatan Dan Korea Utara

Kisah Di Sebalik 38th Parallel, Jalur Pemisah Korea Selatan Dan Korea Utara

0

Dalam filem ‘Parasite’ (2019), watak Ki Taek pernah mengatakan “Anything below the 38th Parallel” sebagai frasa yang menunjukkan dia tahu semua jalan di Korea Selatan.

11

Namun, apakah 38th Parallel yang dimaksudkan itu?

Secara umumnya, 38th parallel merujuk kepada garisan latitud yang membahagi Semenanjung Korea jadi Korea Utara dan Korea Selatan.

1 9

Berdasarkan sejarah, sempadan ini sudah wujud sebelum Perang Korea lagi iaitu pada penghujung Perang Dunia Kedua.

Selepas Jepun menyerah kalah, negara-negara kuasa besar dunia mencari negara yang pernah ditakluki Jepun termasuk Korea. Pada ketika itu, bangsa Korea masih lagi satu entiti di Semenanjung Korea.

Pada zaman itu, Soviet Union sedang berperang dingin dengan United States (US).

Kemudian tentera Soviet Union tiba di bahagian utara Korea pada latitud 38˚ N dan membentuk rejim komunis. Manakala di selatan, kerajaan tentera ditubuhkan dengan sokongan US.

Guna Peta National Geographic

Bimbang Soviet Union akan merampas seluruh Korea, tentera US merancang untuk membahagikan Korea kepada dua zon.

Pada suatu malam, tentera US iaitu Charles Bonesteel dan Dean Rusk sedang mengkaji peta Semenanjung Korea. Menurut laman National Geographic, mereka bekerja dalam keadaan tertekan bagi mencari zon Amerika dan Seoul patut duduk di bawah mereka.

Dengan menggunakan peta National Geographic, mereka perhatikan 38th parallel yang membahagikan Korea jadi separuh itu.

Mereka mencadangkan menggunakan garisan itu sebagai sempadan dan apa yang mengejutkan, pihak Soviet Union juga bersetuju.

Tidak Bertahan Lama

Malangnya, keamanan di Semenanjung Korea tidak bertahan lama. Pada tahun 1950, puluhan ribu tentera Korea Utara merentas 38th parallel dan menceroboh Korea Selatan.

Perang Korea pun bermula dan US membantu Korea Selatan.

2 7

Ini juga perang antara fahaman komunis (Korea Utara) dan kapitalis (Korea Selatan). Menurut laman History, polisi Soviet popular dalam kalangan buruh dan golongan miskin di Utara. Manakala rakyat Korea kelas pertengahan dan atasan pula lari ke bahagian selatan 38th parallel kawasan US, membentuk populasi masyarakat Korea Selatan moden pada hari ini.

Setelah Perang Korea tamat pada 1953, demilitarized zone (DMZ) atau Zon Bebas Tentera Korea pula terbentuk, supaya tentera kedua-dua Korea yang terpisah itu menjauhi dua kilometer garisan 38th parallel tersebut.

3 8

Sumber: [1],[2],[3]