Tidak ada yang dapat mengalahkan rasa puas apabila menonton watak protagonist berajaya membalas dendam selepas menjadi mangsa kepada saudara-mara yang licik, suami curang atau korupsi.

Sama ada anda pernah mengalami perkara yang sama dalam kehidupan sebenar atau tidak, genre drama ini sentiasa akan berfungsi untuk memuaskan hati penonton untuk keadilan yang dicari-cari.

Sekarang, jika anda berada dalam mood untuk kepuasan ini, kami sedia membantu anda.

1.The World of the Married (2020)

Kehidupan seorang doktor perubatan yang sangat dihormati ini seolah-olah terbalik apabila dia mendapati suaminya telah berlaku curang.

tw

Dalam usahanya untuk membalas dendam terhadap pengkhianatannya, pertengkaran sengit berlaku antara kedua-duanya ketika mereka berdua berusaha untuk membalas dendam terhadap satu sama lain.

The World of the Married kini dikenali sebagai K-drama dengan rating tertinggi di TV awam Korea, selepas memperoleh kadar penonton sebanyak 28.37% di episod terakhirnya.

2. Remember 15 (2022)

Satu mesej misteri daripada “Lyla”, seorang bintang sekolah yang telah membunuh diri lima tahun lalu, dihantar kepada bekas rakan sekelas sekolah menengahnya, senior dan kakaknya.

Semua orang tertanya-tanya bagaimana mesej ini boleh dihantar sedangkan Lyla telah lama meninggal dunia.

s592

12 daripada mereka kembali ke pulau terpencil, tempat Lyla meninggal dunia lima tahun lalu, untuk memberi penghormatan kepada Lyla dan untuk mencari kebenaran tentang siapa yang menghantar mesej itu.

Tetapi semakin dekat dengan kebenaran semakin mereka menemui masa lalu mereka yang kejam. Rahsia gelap orang yang digelar sebagai “kawan” telah menjadikan pulau padang pasir ini menjadi arena berdarah.

3. Lawless Lawyer (2018)

Bong Sang-pil merupakan seorang bekas samseng yang meninggalkan masa lalunya dan telah menjadi seorang peguam bagi membawa kematian tragis ibunya ke muka pengadilan.

Dengan berbuat demikian, dia menukar sekumpulan penjenayah pinjaman menjadi firma guaman dan tidak lama kemudian, dia belajar cara untuk memenangi kes tersebut.

4. Monster (2016)

Lee Guk-choel, seorang waris manja yang datang dari keluarga yang kaya-raya. Dalam satu malam sahaja dia telah kehilangan segala-galanya.

Dia telah terlibat dengan satu kemalangan kereta yang dirancang, sekaligus telah meragut nyawa ibu bapanya dan menyebabkan dia buta.

Bertahun-tahun kemudian, dia telah diberi peluang untuk memulihkan penglihatannya. Sebaik sahaja pulih, dia telah mengubah wajah dan identitinya.

Guk-choel, yang kini dikenali dengan nama Kang Ki-tan, menubuhkan syarikatnya sendiri untuk membalas dendam terhadap orang yang merosakkan hidupnya.

5. Doctor Prisoner (2019)

Na Yi-je ialah seorang doktor yang baik hati, penyayang dan disegani. Dia bekerja di pusat penjagaan kecemasan (hospital).

Reputasinya rosak apabila dia terlibat dalam satu kes penyelewengan perubatan yang telah mengakibatkan dia kehilangan pekerjaan di hospital tersebut.

Yakin tidak bersalah, Yi-je telah memohon untuk menjadi internis di penjara, di mana dia bercadang untuk membersihkan namanya dan dan membalas dendam.

Baca lagi: Ulasan Anime My Love STORY!!: “Tak Hensem Tak Apa, Asalkan Baik Hati”

viu premium access malaysia 1639157248 374d7947 progressive 1

Nak Tengok Kat Mana?

Anda boleh stream atau download drama-drama ini di aplikasi atau website Viu. Untuk menonton dengan selesa tanpa gangguan iklan, aktifkan akaun anda ke premium. Selamat Menonton!

Sumber: [1]

Previous articleSeorang Ibu Anak Dua Kelihatan Sangat Muda Sehinggakan Pelajar Sekolah Meminta Nombor Telefonnya
Next articleKisah Di Sebalik 38th Parallel, Jalur Pemisah Korea Selatan Dan Korea Utara