Home Kdrama/Kmovie Kim Seon Ho Pernah Terfikir Untuk Melakukan Kerja Gila Ini Selepas Kontroversi...

Kim Seon Ho Pernah Terfikir Untuk Melakukan Kerja Gila Ini Selepas Kontroversi ‘Memaksa’ Bekas Kekasih Gugurkan Kandungan

0

Selepas terbabit dalam kontroversi, Kim Seon Ho dikatakan terfikir untuk memadam akaun Instagram miliknya yang mempunyai lebih 8 juta pengikut. Pada tahun 2021, pelakon “Start-Up” ini mengejutkan orang ramai kerana kontroversi yang besar.

Selepas tayangan drama “Hometown Cha-Cha-Cha”, bintang berusia 36 tahun itu terlibat dalam kontroversi di mana dia dikatakan telah memaksa bekas teman wanitanya menggugurkan kandungan.

kim seon ho main 11

Disebabkan hal itu, ia telah memusnahkan karier Kim Seon Ho. Kerana insiden itu, dia berfikir untuk memadamkan media sosialnya secara kekal.

Menurut sebuah artikel di Nate Pann, seorang kenalan yang tidak disebutkan namanya telah berkongsi bahawa Kim Seon Ho merancang untuk bersara dari dunia seni, termasuklah  memadam akaun Instagramnya.

Walaupun dia sudah mempunyai 8 juta pengikut, pelakon itu tetap mahu memadamkannya tetapi telah dihalang oleh ibunya.

Artikel itu juga menyebut bahawa ibu Kim Seon Ho seorang yang prihatin dan penyayang kepada anaknya itu, dan tetap disamping Kim Seon Ho walaupun kontroversi itu sedang memuncak. Ibunya mahukan Kim Seon Ho kembali dan tetap bertenang walaupun menghadapi masa yang sukar itu.

Akhirnya, Kim Seon Ho berjaya bangkit dengan pantas dan kini sedang bersiap untuk kemuncula semula dengan penampilan sulungnya di skrin besar. Bintang berusia 36 tahun itu merupakan salah seorang peneraju utama dalam filem drama aksi akan datang “Sad Tropical.”

Mujur Kim Seon Ho tidak memadamkannya serta-merta selepas kontroversi itu terbongkar, ramai peminat menyokong pelakon itu kembali bekerja. Sementara itu, Kim Seon Ho baru-baru ini telah kembali ke media sosial sejurus sebelum hari lahirnya.

Instagram Kim Seon Ho memaparkan gambar langit di samping menulis mesej permohonan maaf kepada peminatnya. Selain itu, Kim Seon Ho melahirkan rasa terima kasih atas sokongan peminat terhadapnya.

Artikel Berkaitan: “Kim Seon Ho Tolak Semua Projek Tahun 2022 Kecuali….”- Orang Dalam

Artikel Berkaitan: “Saya Berasa Sangat Cemas.” – Kim Seon Ho Luah Perasaan Setelah Dilanda Kontroversi