Home Artis Korea Kim Hye Yoon Buat Kemunculan, Ini 5 Kdrama Popular Lakonannya

Kim Hye Yoon Buat Kemunculan, Ini 5 Kdrama Popular Lakonannya

0

Beberapa drama popular menyaksikan Kim Hye Yoon tampil membawa watak yang penting. Pada tahun 2024 ini, Kim Hye Yoon membintangi drama Lovely Runner bersama Byun Woo Seok.

Lovely Runner merupakan drama Korea akan datang yang mengusung genre romantik. Kim Hye Yoon sebelum ini telah membintangi beberapa buah drama popular dengan pelbagai variasi genre seperti thriller dan juga sageuk.

Berikut ini adalah beberapa buah drama popular yang dibintangi oleh Kim Hye Yoon. Jom sama-sama kita lihat!

 

1. SKY Castle (2018)

Kim Hye YoonKim Hye Yoon dalam drama SKY Castle membawa watak sebagai pelajar sekolah yang pintar, bercita-cita tinggi, dan sanggup mengambil segala langkah untuk meraih impiannya demi untuk meraih perhatian dari keluarga dan kawan-kawannya. Melalui wataknya ini, Kim Hye Yoon berjaya meraih anugerah pertamanya di BaekSang Arts Awards.

SKY Castle merupakan drama keluarga yang mengambil latar kehidupan keluarga chaebol. Drama ini menampilkan kisah ibu bapa yang penuh harapan supaya anak mereka menjadi yang terbaik dan meraih kejayaan.

 

2. Extraordinary You (2019)

c22c1635 1d70 44b5 9b81 40ac2720dbe6Extraordinary You merupakan drama yang menggabungkan genre fantasi dan romantik. Dalam drama ini, Kim Hye Yoon diberikan kepercayaan untuk membawa watak utama yang bernama Eun Dan Oh. Dia merupakan seorang pelajar sekolah yang menyedari bahawa dia merupakan karakter dalam sebuah buku komik.

Dalam komik tersebut, Eun Dan Oh merupakan sosok yang ceria dan lahir dari keluarga kaya namun memiliki penyakit jantung. Selain itu, dia juga dibuang oleh tunangannya bernama Baek Kyung (Lee Jae Wook). Eun Dan Oh tekad untuk mengubah takdirnya dengan dibantu oleh Ha Ru (Ro Woon).

 

3. Secret Royal Inspector & Joy (2021)

4e7f5364 dae8 4462 bf5e dacbb2e264d2Kim Hye Yoon membawa watak sebagai Kim Joy dalam drama Secret Royal Inspector & Joy. Kim Joy adalah seorang janda yang penuh dengan rasa ingin tahu dan berfikir bahawa penceraian adalah perkara yang wajar. Ketika dia ingin menyelesaikan proses penceraian, dia bertemu dengan Ra Yi Eon (Ok Taecyeon).

Ra Yi Eon merupakan ejen rahsia istana yang bijak namun pemalas dan hanya ingin menjalani kehidupan yang santai. Pertemuannya dengan Kim Joy mengubah segala-galanya. Mereka akhirnya bekerja sama untuk menyiasat dan menyelesaikan kes misteri.

 


4. Snowdrop (2021)

5fd2b84b c915 49ba 8bff d1ad66bbce39Snowdrop merupakan drama yang memadukan genre aksi dan romantik. Drama ini mengisahkan mengenai seorang pengintip Korea Utara bernama Lim Soo Ho (Jung Hae In) yang menyamar sebagai mahasiswa keturunan Jerman. Dalam penyamarannya tersebut, dia terlibat pula dalam kisah cinta dengan pelajar Sastera Inggeris Universiti Perempuan Hosu yang bernama Eun Yeong Ro (Kim Jisoo).

Dalam drama yang mengambil latar waktu di tahun 1987 ini, Kim Hye Yoon membawa watak sebagai Gye Bun Ok. Dia merupakan seorang operator telefon di asrama Universiti Perempuan Hosu yang berkawan rapat dengan Eun Yeong Ro (Kim Ji Soo). Watak Gye Bun Ok memiliki keperibadian yang agak menyakitkan hati, licik, dan cemburu kerana tidak boleh menyambung kuliah serta lahir dari keluarga yang sederhana.

 

5. Lovely Runner (2024)

5c080e3c 74db 4164 9664 48b31e4c0c0fTayang 8 April akan datang, Lovely Runner menampilkan kisah penjelajahan masa. Dalam drama ini, Kim Hye Yoon membawa watak sebagai Im Sol yang merupakan peminat setia kepada bintang idola yang bernama Ryu Sun Jae (Byun Woo Seok). Ryu Sun Jae merupakan seorang bintang idola terkenal dan berbakat.

Namun, dia memutuskan untuk mengakhiri hidupnya dengan tragis kerana suatu perkara yang dialaminya. Im Sol terkejut mendengar berita kematian tersebut. Keajaiban membuatnya melakukan penjelajahan masa ke masa lalu dan dia berusaha untuk menyelamatkan bintang idola kesayangannya.

Mempunyai bakat lakonan yang memukau, Kim Hye Yoon telah membawa berbagai-bagai watak dengan baik. Penampilannya sebagai seorang peminat yang sangat menyayangi bintang idola kesukaanya dalam drama Lovely Runner memang sangat dinantikan oleh para penonton. Adakah Kim Hye Yoon mampu menyelamatkan bintang idolanya dalam drama terbarunya ini? Lovely Runner akan dikeluarkan pada 8 April 2024, jam 8:50 malam KST di tvN.

Baca lagi: 12 Pelakon yang Membintangi Lovely Runner, Semua Pelakon Hebat
Baca juga: Ahreum T-ara Ditemui Cuba Bunuh Diri Kerana Tertekan Dengan Kritikan Jahat Ke Atasnya