Home Artis Korea 12 Pelakon yang Membintangi Lovely Runner, Semua Pelakon Hebat

12 Pelakon yang Membintangi Lovely Runner, Semua Pelakon Hebat

0

Versi drama untuk webtoon Kakao, The Best of Tomorrow, akhirnya bakal ditayangkan. Tajuknya diubah kepada “Lovely Runner” dan akan disiarkan di tvN. Kisah penjelajahan masa Kim Hye Yoon untuk menyelamatkan Byeon Woo Seok bakal membuatkan penonton terus-terusan ingin tahu.

IMG 0878

Selain dua pelakon utama tersebut, terdapat beberapa orang pelakon pembantu yang memang sudah dikenali oleh para peminat Kdrama. Mereka adalah Song Geon Hee, Seo Hye Won, dan juga Kim Won Hae. Berikut dibawah ini merupakan senarai 12 orang pelakon drama Lovely Runner.

 

 

Lovely runner1. Byeon Woo Seok membawa watak sebagai Ryu Seon Jae, bekas atlet renang yang menjadi bintang idola. Namun, dia ditemui meninggal dunia pada malam hari selepas dia melakukan persembahan

 

 

2d804c7e c756 448e a783 ac492f8a60742. Kim Hye Yoon membawa watak sebagai Im Sol, peminat tegar Ryu Seon Jae. Dia kembali ke masa lalu secara ajaib, pada zaman ketika kakinya masih belum lumpuh dan Seon Jae juga masih hidup

 

 

8c28f912 84d0 48db b4e3 24d1763d963a3. Song Geon Hee membawa watak sebagai Kim Tae Sung, pemain bass untuk kumpulan muziknya

 

 

36969633 a086 4b3a bf26 d334edfdfd764. Lee Seung Hyub membawa watak sebagai Baek In Hyuk. Dia sudah seperti saudara bagi Seon Jae hingga mereka menempuh kerjaya sebagai idola dalam kumpulan yang sama

 

 

97de9a1a 4a14 4fde bac1 53e9f2af1f405. Jung Young Joo membawa watak sebagai ibu Im Sol iaitu Park Bok Soon. Dia adalah ibu tunggal yang bekerja keras selepas suaminya meninggal dunia akibat kemalangan

 

 

e365cbb0 9c7d 4bec 8cb1 c77738760c266. Sung Byoung Sook membawa watak sebagai nenek Im Sol iaitu Jung Mal Ja. Dia yang menjaga cucu-cucunya menggantikan anaknya yang sibuk mencari nafkah

 

 

97f789b8 984d 41c2 ad84 e129fcf7f2297. Abang kepada Im Sol bernama Im Geum dilakonkan oleh Song Ji Ho. Im Geum ingin menjadi pelakon, tetapi dia melupakan impiannya selepas Im Sol kemalangan

 

 

32c0482d a737 41fe bb1a abfedb008ffd8. Seo Hye Won membawa watak sebagai sahabat Im Sol iaitu Lee Hyun Joo. Dia adalah gadis yang selalu mengintai-intai lelaki tampan, tetapi dia gagal dalam perkahwinan

 

 

1ae92de5 fa85 4cf3 b6bc ebbe81ec8f629. Kim Won Hae membawa watak sebagai Ryu Geun Deok, ayah kepada Seon Jae. Dia adalah ayah tunggal yang sibuk, tetapi juga tidak pernah lupa untuk memberikan kasih sayang pada Seon Jae

 

 

4b2404d2 abd8 4d4b 9536 8b84d0be35d110. Ahn Sang Woo membawa watak sebagai CEO Kim. Dia terus tertarik apabila melihat Seon Jae dan memasukkannya ke dalam kumpulan Eclipse yang akhirnya sangat berjaya

 

 

84a3923b 3e79 47f7 8f9d 88c6243ded2f12. Park Yoon Hee membawa watak sebagai ayah Tae Sung iaitu detektif Kim. Dia lebih mengutamakan pekerjaan daripada keluarga sehingga isterinya memilih untuk bercerai

Selain para pelakon di atas, tentu masih ada pelakon lain yang akan kita temui seiring berjalannya cerita. Untuk itu, jangan lupa untuk menonton tayangan perdana Lovely Runner akan datang ya! Lovely Runner akan dikeluarkan pada 8 April 2024, jam 8:50 malam KST di tvN.

Baca juga: Boikot Kdrama “Lovely Runner” Bakal Tayang 8 April Ini has Kerana Tidak Hormat Mendiang Jonghyun SHINee?
Baca lagi: 5 Kdrama Baru Tayang April 2024, Pelbagai Genre