Home Artis Korea Kim Dong Wook Umum Akan Berkahwin, Pasangan Bukan Selebriti

Kim Dong Wook Umum Akan Berkahwin, Pasangan Bukan Selebriti

0

Dunia hiburan Korea Selatan digemparkan dengan berita dan pengumuman bahawa pelakon lelaki terkenal Kim Dong Wook akan melangsungkan perkahwinan tidak lama lagi.

Media tempatan YT melaporkan bahawa Kim Dong-wook akan melangsungkan majlis perkahwinan dengan pasangannya yang merupakan bukan dari kalangan selebriti pada musim sejuk nanti.

IMG 2796

Agensi Kim Dong Wook, Keyeast telah membuat kenyataan rasmi dari pihak mereka.

“Kami ingin berkongsi dengan pihak anda tentang berita dan khabar bahagia. Pelakon Kim Dong Wook akan mendirikan rumah tangga pada musim sejuk yang akan datang,” kata Keyeast, dipetik dari Soompi pada 30 Ogos 2023.

Dalam kenyataan rasmi dari pihak agensinya, Kim Dong Wook akan mengikat tali perkahwinan dengan seorang wanita yang bukan dari kalangan selebriti (non celebrity). Calon mempelai wanita disebut-sebut memiliki kecantikan yang luar biasa, dan kedua-duanya telah menjalin hubungan cinta yang tulus dan erat berdasarkan rasa percaya dan keyakinan antara satu sama lain. Rancangannya, perkahwinan ini akan menjadi hasil yang bahagia dari cinta dan komitmen mereka yang indah.

bfd675b1 67c2 47c0 89c9 2e242d64f6fdDemi menghormati privasi tunang non-selebriti dan juga keluarganya, majlis perkahwinan akan diadakan secara tertutup di salah sebuah lokasi di Seoul. Walaupun tarikh dan tempat majlis perkahwinan tidak didedahkan, agensi meminta kerjasama dari para peminat dan rakan media berhubung hal ini.

Dalam pesanan ini, agensi juga menyatakan rasa terima kasih yang mendalam kepada semua yang telah memberikan sokongan dan kasih sayang kepada Kim Dong Wook selama ini. Agensi juga mengajak para peminat untuk mengirimkan ucapan tahniah yang hangat kepada pelakon itu, yang sekarang ini sedang berada pada fasa awal perjalanan baru dalam hidupnya.

Kim dong wookKim Dong Wook, yang lahir pada tahun 1983, memulakan debutnya pada tahun 2004 dengan filem A Crimson Mark. Sejak itu, dia telah berlakon dalam berbagai-bagai drama siri seperti “Coffee Prince”, “Unstoppable Marriage”, “Maids”, dan “Find Me in Your Memory”, serta filem seperti National Representative dan siri filem Along with the Gods. Kebelakangan ini, Kim Dong-wook menunjukkan sisi lakonan yang meluas melalui wataknya dalam drama KBS2 “My Perfect Stranger” dan drama TVN “Delightfully Deceitful”. Semoga terus berbahagia Kim Dong Wook!

Baca lagi: 10 Kdrama Terbaru Tayang September 2023
Baca juga: First Responder 2, Siapakah Jeon Sung Woo? Dianggap Villain Utama