Home Entertainment Keputusan Ujian Doping Kim Jong Kook Akhirnya Sudah Keluar

Keputusan Ujian Doping Kim Jong Kook Akhirnya Sudah Keluar

0

Kim Jong Kook akhirnya dapat membersihkan nama baiknya yang dikaitkan dengan penggunaan steroid selepas mendedahkan keputusan ujian doping.

Pada 16 Disember, Kim Jong Kook menyiarkan video bertajuk, ‘Keputusan ujian doping…dan update terkini tentang tindakan undang-undang.’ di YouTube saluran miliknya.

1639675420 image

Kim Jong Kook mendedahkan proses dan tempat di mana dia menerima ujian doping serta memberitahu memberi maklumat terkini mengenai tindakan undang-undang yang diambilnya.

Ujian doping itu dijalankan di sebuah institusi ‘Makmal Pengujian dan Penyelidikan Perubatan Sukan’ (SMRTL) yang berpangkalan di Amerika Syarikat menerusi cawangannya di Korea. Institusi ini diiktiraf oleh Agensi Anti-Doping Dunia (WADA).

Keputusan itu mendapati bahawa Kim Jong Kook tidak menerima sebarang suntikan steroid. Dalam video tersebut, Kim Jong Kook turut mendedahkan proses dari A sampai Z ujian doping termasuk pengambilan sampel air kencing, semuanya dirakamkan oleh kamera bagi menunjukkan dia telus.

ljhg

Menurut Myung Se Young, Ketua Pegawai Eksekutif Five Star Global yang membantu menjalankan ujian doping, difahamkan beliau berpendapat 392 ujian doping yang dijalankan oleh Jong Kook ini mengalahkan atlet Olimpik.

Selepas mengumumkan semua keputusan ujian, Kim Jong Kook meluah, “Secara peribadinya, ia merupakan saat-saat yang panjang dan menyakitkan bagi saya.” (Dia langsung tidak menyebut nama Greg Doucette, YouTuber Kanada yang menuduhnya ambil steroid).

“Bagi saya menjalani semua ujian ini memang sia-sia tetapi boleh jadi penutup yang baik untuk mereka yang percayakan saya.

Rancak campaign 1640x614 1 6

“Paras hormon tinggi maksudnya kamu ambil HRT atau TRT seperti yang didakwa oleh orang putih itu terbukti salah. Bila saya buat ujian doping, keputusannya negatif. Nak kata apa lagi? Saya dah tunjuk bukti jelas yang saya tak buat salah apa-apa.” kata Jong Kook.

“Bila kamu kritik atau komen sesuatu tentang bangsa lain, saya harap kamu buat lebih research atau studi dulu sebab orang Barat bukan standard untuk semua kaum. Saya harap ini boleh jadi peluang kepada kita semua untuk mengerti tentang perbezaan.”

1639675202 image

Selebriti itu turut menegaskan bahawa hormon dalam tubuh badannya itu memang natural, hasil kerja kerasnya menjaga badan.

Akhirnya Jong Kook memutuskan dia tidak jadi ambil tindakan undang-undangan sebaliknya memilih untuk buat perkara lain.

“Saya nak tukar isu ini jadi sesuatu yang positif. Wang 30 juta KRW (Sekitar RM 107,000) yang saya nak asalnya nak guna untuk ambil tindakan undang-tindakan terhadap tuduhan itu saya rasa lebih baik didermakan kepada orang yang lebih memerlukan.” kata bintang Running Man itu lagi.

Sumber: AllKpop

Terlepas bas? Tak apa, klik artikel-artikel di bawah untuk ikuti perang hormon antara Jong Kook dan Youtuber Kanada ini:

Ahli Bina Badan Ini Dakwa Tubuh Sasa Kim Jong Kook Nampak Lain Macam, Bukan Natural

Kim Jong Kook Buktikan Tubuh Sado Dia 99.9% Original, Hot Dan Spicy

Greg Doucette Padam Semua Video Tuduhannya Selepas Kim Jong-kook Nak Ambil Tindakan Undang-Undang

“Genetik Kim Jong Kook Luar Biasa.” – Akhirnya Greg Doucette Minta Maaf