Home Entertainment Kenali setiap Hantu dalam Missing The Other Side 2

Kenali setiap Hantu dalam Missing The Other Side 2

0

Drama Missing: The Other Side 2 telah pun melabuhkan tirai dan kini semua episod sudah boleh ditonton di platform penstriman Viu.

01D37AB4 7BA6 4BED B05E 118F9D301CC7

Aksi Kim Wook (Go Soo) dan Jang Pan Seok (Huh Joon Ho) yang mempunyai kemampuan untuk melihat penempatan hantu (roh) telah memukau para pecinta Kdrama dan kini ramai peminat sangat berharap supaya Kdrama ini dapat dilanjutkan untuk musim ke-3 pula.

988B9AA9 BE29 4E46 A4E5 BCA40146BE43

Perkampungan hantu adalah tempat di mana roh yang jasadnya masih belum ditemui berkumpul. Berbeza dengan musim 1 yang menampilkan perkampungan hantu yang dinamakan Desa Duon yang berada di dalam hutan, musim 2 menampilkan pintu masuk ke desa hantu di sebuah kawasan Industri Complex 3 iaitu sebuah kompleks perumahan yang terbengkalai.

Baca Lagi: Park Min Young Dilarang Meninggalkan Korea Selatan

Siapakah gerangan para hantu yang menghuni Desa Industri Complex 3 yang dibantu oleh Kim Wook dan Pak Jang? Jom kita lihat maklumat mengenai mereka seperti dibawah:

Kang Eun Sil (Lee Jung Eun)
8221717E 18CA 4480 A56A 70CDC415D674Kang Eun Sil atau lebih biasa dipanggil dengan gelaran Kapten Kang oleh warga Desa Industri Complex 3 adalah ketua desa yang tugasnya hampir sama dengan Thomas Cha (Song Geon Hee) dalam musim 1. Jika Thomas memiliki sebuah kafe yang menjadi tempat melepak warga desa, Kapten Kang pula mempunyai kedai atau warung makan tradisional yang sering dikunjungi oleh kanak-kanak yang merupakan sebahagian besar daripada penghuni desa.

Sifat keibuan Kapten Kang membuatkan dia seperti pengganti ibu bagi kanak-kanak tersebut. Dia selalu memasak untuk mereka, menghibur setiap kali ada kanak-kanak yang sedih kerana merindui orang tuanya, hingga memastikan mereka tetap aktif belajar dan bermain. Pintu masuk bagi roh baru yang memasuki desa adalah sebatang pokok berhadapan dengan warung Kapten Kang. Jadi setiap kali ada roh baru, dialah yang menjelaskan kepada mereka keadaan yang terjadi.

Walaupun sering sedih jika ada warga desa yang pergi meninggalkan desa, tapi Kapten Kang tetap meminta tolong Kim Wook dan Pak Jang untuk mencari jasad mereka. Dia tahu bahawa pemergian setiap roh ke alam abadi adalah perkara yang baik untuk mereka sendiri.

Oh Il Yong (Kim Dong Hwi)
081B87DA A24F 4D6B 9AAE 3207D1D0E14ADia adalah salah seorang warga desa yang cukup istimewa kerana berkebolehan untuk meninggalkan desa untuk berjalan-jalan ke dunia manusia. Padahal sejak musim 1 semua maklum bahawa tidak ada warga desa roh yang boleh meninggalkan desa. Oh Il Yong juga yang telah menemui Kim Wook dan Pak Jang serta membawanya ke Desa Industri Complex 3.

Pada episod 1 telah ditampilkan babak Oh Il Yong menemui Thomas dan mendapatkan info mengenai Kim Wook dan Pak Jang. Dia yang mengajak keduanya untuk membantu warga desa. Wataknya sangat misteri, diperlihatkan seolah-olah semasa dia masih hidup, Oh Il Yong adalah bekas anggota geng penjahat kerana dia mengenali beberapa orang penjenayah dan sering mengikuti mereka. Dia sering memberitahu Kim Wook tentang maklumat orang yang dalam bahaya dan memintanya untuk menyelamatkan mereka sebelum dibunuh.

Yang Eun Hee (Kwon Ah Reum)
57CDFD7C 0437 4448 A4A6 338E5AD522A9Yang Eun Hee adalah seorang pelajar yang dibunuh oleh kekasihnya sendiri. Sejak tiba di Desa Industri Complex 3, Eun Hee sudah mengambil tugas sebagai guru sekolah bagi kanak-kanak di desa tersebut. Eun Hee sangat dekat dengan para muridnya kerana peribadinya yang lembut dan sabar. Dia juga mengenali Jang Hyun Ji (Lee Hyo Bi) iaitu anak Pak Jang. Jang Hyun Ji sebelumnya pernah menetap di Desa Industri Complex 3, dan akhirnya pergi meninggalkan desa kerana jasadnya berjaya ditemui oleh Park Jang pada musim 1.

Pak Jang juga turut mengenali ibu Eun Hee di dunia manusia kerana mereka sama-sama berduka akibat kehilangan anak mereka. Pak Jang dan Kim Wook juga berusaha mencari jasad Eun Hee dan memberikan keadilan dan menghukum pembunuhnya. Yang Eun Hee adalah warga Desa Industri Complex 3 pertama yang jasadnya berhasil ditemui oleh duo Pak Jang dan Kim Wook.

Choi Ha Yoon (Kim Seo Hun)
62E10F4B 70E6 4D9C 985B B7DCA9E72311Kanak-kanak ini adalah sahabat Hyun Ji, yang merupakan anak kepada Pak Jang. Mereka bersahabat baik sewaktu Hyun Ji masih berada di Desa Industri Complex 3. Hyun Ji selalu bercerita tentang ayahnya kepada kawan-kawan dan gurunya. Sewaktu Pak Jang tiba di desa, Choi Ha Yoon terus mengenalinya.

Dia juga yang menjadi penawar rindu Pak Jang terhadap Hyun Ji kerana selalu bercerita tentang kegiatan Hyun Ji selama ada di desa. Bagi Ha Yoon, Pak Jang pun seperti pengganti ayahnya kerana dia melihat Pak Jang memang baik sama seperti cerita Hyun Ji.

Sudahkah anda menonton setiap episod Missing The Other Side 2? Jika belum, inilah masanya untuk binge watching dan marathon siri ini!

Baca Juga: Perkara Menarik Lee Min Ho Ramai Yang Tidak Tahu