Home Entertainment 9 Pilihan Kdrama Yang Sempoi Dan Santai

9 Pilihan Kdrama Yang Sempoi Dan Santai

0

Kdrama siri dari Korea Selatan menjadi salah satu hiburan yang paling dicari-cari dan digemari pada saat ini. Walau terdapat banyak drama siri dengan tema jenayah, gelap dan misteri, terapi Kdrama tidak kurang dengan pilihan cerita-cerita yang mampu mengundang gelak tawa dan menceriakan.

Kisah yang ringan, menyenangkan, menceriakan dan kelakar, memberikan rasa senang dari terhibur buat para penonton. Jom sama-sama baca beberapa drama siri Korea dengan jalan cerita yang ringan dan menyenangkan yang sangat sesuai untuk dijadikan watchlist!

1. One The Woman (2021)
8380D271 237E 425F B68A 50D1F7D559BEJo Yeon Ju (Honey Lee) adalah seorang pendakwa raya berbakat yang menderita amnesia setelah kemalangan jalan raya. Ketika dia bangun, dia dianggap sebagai Kang Mi Na iaitu menantu perempuan yang lemah lembut dari keluarga konglomerat Hanju Group dan tanpa disedari terlibat dalam perebutan kuasa di Hanju Group.

2. Mr. Queen (2020)
55A5E07D 2487 4D0F A286 5E687859D19AMr. Queen mengisahkan tentang Jang Bong Hwan (Choi Jin Hyuk), iaitu seorang tukang masak yang sangat berbakat tetapi sangat sombong, tidak sopan dan sedang dikejar pihak polis. Sewaktu dikejar polis, dia malah jatuh ke dalam sebuah kolam renang dan mendapati dirinya bangun dalam tubuh seorang wanita muda Joseon iaitu Kim Soyong (Shin Hye Sun), yang akan berkahwin dengan Raja Cheoljong (Kim Jung Hyun).

Baca Lagi: Perkara Menarik Lee Min Ho Ramai Yang Tidak Tahu

3. Let Me Be Your Knight (2021)

94365A8C 4589 4CDA 95CF 64A134421F89Yoon Tae In (Lee Jun Young) adalah ketua kumpulan K-pop yang sangat popular dan dikenali sebagai LUNA, dia yang menghidapi penyakit sleepwalking. Bagi menyembuhkan penyakit Tae In, CEO-nya memberi tugas In Yoon Joo (Jung In Sun) yang merupakan seorang doktor untuk tinggal bersama kumpulan idol K-pop tersebut. Rupa-rupanya terdapat kesalahan identiti, dimana Yoon Joo sebenarnya bukan seorang doktor.

4. Hometown Cha-Cha-Cha (2021)
D75C1349 59BC 4319 B461 C9537D061D85Sebuah kisah yang ringan, Hometown Cha-Cha-Cha adalah drama siri yang menarik dan segar untuk ditonton. Tidak banyak peristiwa yang dramatik, tetapi hanya ada kisah cinta yang manis-manis dari pasangan utama yang jelita dan tampan. Ditambah pula dengan penduduk yang menawan dan akan menarik para penonton lebih dalam ke kota kecil Gongjin.

5. A Love So Beautiful (2020)
89BFD208 B118 45E8 8110 51FC47EE3DC0Rom-com memang sangat menyenangkan dan ringan, lebih-lebih lagi jika berkaitan dengan sekolah menengah yang boleh membawa kita mengimbau zaman muda remaja. A Love So Beautiful adalah salah satu dari siri Kdrama yang menceritakan kisah temaja. Drama remake dari filem Cina yang sangat popular dengan tajuk yang sama dan ditayangkan pada tahun 2017.

6. Yumi’s Cell (2021)
395C97DF B5F2 47A1 A12E F5C195001736Gabungan animasi dan aksi boleh kita jumpau dalam drama siri Yumi’s Cell. Komedi romantik ini sering membuat para penonton tertanya-tanya dengan kisah seterusnya yang akan berlaku. Lagi pula babak animasi sel yang paling ditunggu-tunggu dengan banyak adegan lucu dari para sel.

7. My Roommate is Gumiho (2021)
08D7408B ADDB 4DBE 83EB 63E0350460DELMy Roommate Is a Gumiho merupakan sebuah drama bersiri televisyen Korea Selatan pada tahun 2021 yang dibintangi oleh Jang Ki-yong dan Lee Hye-ri . Siri drama ini mengisahkan tentang percintaan antara rubah berekor sembilan yang berusia 999 tahun bernama Shin Woo-Yeo dan seorang pelajar perempuan bernama Lee Dam yang secara tidak sengaja menelan manik Shin Woo-Yeo. Siri ini ditayangkan di platform penstriman iQIYI di seluruh dunia dan saluran kabel TVN pada 26 Mei 2021 dan disiarkan selama 16 episod hingga 15 Julai.

8. Our Beloved Summer (2021)

3BE9BD2A BB35 463E 94E9 3981D52E6F48

Drama komedi romantik yang boleh membuatkan para penonton tersenyum sendiri adalah Our Beloved Summer. Our Beloved Summer adalah sebuah komedi romantik dewasa yang mengisahkan tentang Choi Ung (Choi Woo-shik) dan Kook Yeon-soo (Kim Da-mi), bekas kekasih yang putus dan pernah berjanji untuk tidak bertemu lagi. Namun kerana kerjaya, takdir kembali menemukan mereka.

9. Welcome to Waikiki 1 (2018)
2C32485C BF35 41C9 947C 4117CE68CC16Tiga pemuda yang mempunyai karakter yang berbeza – Dong Goo ( Kim Jung Hyun ), yang bercita-cita untuk menjadi pengarah filem, Joon Ki ( Lee Yi Kyung ), seorang pelakon eksentrik, dan Doo Shik ( Son Seung Won ), seorang penulis bebas yang selalu tidak serius telah membuka sebuah rumah tamu yang diberi nama “Waikiki” di Itaewon, Itaewon adalah tempat ramai warga asing datang untuk menginap.

Walaupun mereka tidak tahu bagaimana untuk menjalankan perniagaan rumah tamu, mereka tidak sabar-sabar untuk mendapatkan wang untuk membayar pembiayaan filem mereka yang akan datang. Turut tinggal bersama mereka ialah adik perempuan Dong Goo, Seo Jin (go Won Hee ), yang sebenarnya menguruskan keperluan rumah di Waikiki, serta seorang ibu tunggal Yoon Ah ( Jung In Sun ), yang telah muncul di rumah tetamu tersebut bersama seorang bayi perempuan. Mereka kemudiannya disertai oleh bekas teman wanita Dong Goo iaitu Soo Ah ( Lee Joo Woo ).

Semua filem yang tersenarai ini sememangnya sangat sesuai ditonton seisi keluarga kerana isi dan jalan ceritanya sangat ringan serta babak komedinya sangat mencuit hati. Pernahkah anda menonton filem-filem yang tersenarai?

Baca Juga: Kenali setiap Hantu dalam Missing The Other Side 2