Home Artis Korea Kdrama September 2023: 9 Pelakon Jelita Terkenal Ini Membawa Watak Ibu

Kdrama September 2023: 9 Pelakon Jelita Terkenal Ini Membawa Watak Ibu

0

Sepanjang bulan September 2023 ini, terdapat banyak sajian Kdrama siri Korea Selatan yang menarik telah ditayangkan. Selain jalan cerita yang menarik, setiap drama siri ini juga menampilkan banyak watak yang ikonik dan diingati.

Contohnya adalah seperti watak ibu yang dilakonkan oleh pelakon-pelakon wanita ternama dan dianggap sebagai pelakon wanita kelas A (A Class) di Korea Selatan. Sembilan orang artis ternama berikut ini menampilkan lakonan hebat dan berkesan dengan peranan mereka sebagai ibu. Walaupun ada yang melakonkan karakter ibu yang toksik dan antagonis, pembawaan watak mereka kelihatan sangat semulajadi dan sukar dilupakan oleh para penonton.

Jom sama-sama kita lihat senarai pelakon wanita terkenal Korea Selatan yang membawa watak sebagai ibu dalam Kdrama yang ditayangkan pada bulan September 2023 ini.

 

 

Kdrama
1. Han Hyo Joo menampilkan lakonan yang sangat berkesan sebagai ibu tunggal yang mempunyai kuasa luar biasa dan juga bekas ejen rahsia kerajaan dalam drama siri Moving

 

 

55962b11 2edb 4c36 9ef1 d0784daf459a
2. Kwak Sun Young dalam drama siri yang sama iaitu Moving tidak kurang hebatnya mencuri perhatian dengan wataknya sebagai ibu yang akhirnya meninggal dunia secara tragis tetapi tetap bahagia di akhir hidupnya kerana dapat melihat anak perempuannya selamat

 

bb5254e8 2f34 422b adde bd4e3d529f32
3. Dalam Arthdal Chronicles: The Sword of Aramun, Kim Ok Vin menjadi ratu dan ibu yang berusaha sebaik mungkin supaya anak lelakinya boleh menaiki takhta

 

11d1a0cd ab41 4389 874a cd749bba6b9e
4. Jung Hye Young tampil memukau membawa watak sebagai seorang bekas pelakon yang kini menjadi ibu dalam drama siri Destined With You

 

66dd5af2 9906 4eff 95b9 347c326a33b7
5. Jang Hye Jin membawa watak sebagai ibu kepada watak utama Kdrama siri A Time Called You yang pada awalnya menaikkan emosi, tetapi lama kelamaan menarik simpati para penonton

 

2d6d1fff d905 4a73 81ab 9acca24094da
6. Biasa membawa watak protagonis, Hwang Jung-eum kali ini membawa watak antagonis sebagai ibu yang sangat toksik dan kejam dalam Kdrama siri The Escape of the Seven

 

01d25ee5 7ab7 43cf 9ddf 76b4124027d9
7. Selepas Dr. Romantic 3, tahun ini Jin Kyung juga turut terlibat dalam Kdrama siri My Lovely Liar. Pelakon ini membawa watak seorang ibu yang toksik yang kerap meminta duit daripada anak perempuan tunggalnya

 

0af0ec67 ed6a 44a6 9f42 f022029b3c16

8. Seo Jeong Yeon juga turut membawa watak sebagai ibu dalam drama siri yang sama iaitu My Lovely Liar. Karakternya digambarkan sangat bercita-cita tinggi hingga menyembunyikan anak lelakinya supaya kerjayanya berjalan lancar tanpa sebarang gangguan dan halangan

 

786b0563 846c 4638 9c31 d7c74f62b0bc
9. Seo Young Hee membawa watak sebagai ibu yang sangat menyayangi kedua-dua orang anaknya dan dia juga membawa watak sebagai ibu yang pekak serta bisu sementara salah seorang dari anaknya mewarisi sifatnya yang pekak dan bisu dalam Kdrama siri Twinkling Watermelon

Semua sembilan orang pelakon wanita yang tersenarai di atas berjaya tampil dengan lakonan yang sangat berkesan sewaktu membawa watak sebagai seorang ibu. Semua pelakon ini berjaya mencipta chemistry dengan pelakon-pelakon yang membawa watak sebagai anak mereka.

Baca lagi: Kdrama Terbaru: 12 Watak Ibubapa Toksik, Buat Penonton Geram
Baca juga: 8 Kdrama Terbaik Lee Min Ki Selain Behind Your Touch, Wajib Tonton