Home Artis Korea Behind Your Touch, Kenali 3 Watak utama Kdrama Terbaru Ini

Behind Your Touch, Kenali 3 Watak utama Kdrama Terbaru Ini

0

Drama siri Korea terbaru JTBC, Behind Your Touch (2023) akan ditayangkan bagi menggantikan slot drama King The Land (2023) yang berakhir awal Ogos baru-baru ini.

Behind Your Touch menampilkan kisah unik tentang doktor haiwan dengan kebolehan psikometri. Selain jalan ceritanya yang menarik, drama siri ini juga akan dibintangi pelakon-pelakon ternama dan terkenal seperti Han Ji-min, Lee Min-ki, dan Suho.
Sebelum menyaksikan kehebatan Kdrama ini nanti.

Jom sama-sama kita lihat lebih dalam mengenai beberapa watak utama dalam drama siri Behind Your Touch berikut ini.

1. Bong Ye Bon (Han Ji Min) yang merupakan seorang gadis yang baik hati dan mesra adalah seorang doktor haiwan di sebuah kampung kecil Mujin yang tenang dan damai

c2aa7f70 f3a3 4c0d 89d3 5442fa2159f4

2. Suatu hari tiba-tiba Bong Ye Bon mendapat kebolehan super dan luar biasa iaitu dia dapat melihat masa lalu haiwan atau manusia dengan cara menyentuh mereka

Behind your touch

3. Dia selalu menggunakan kebolehannya untuk tujuan baik, namun kadang kala cara dia menggunakan kekuatan luar biasanya itu turut menimbulkan masalah

9652363c 0cf5 4cae b390 c41d7118d325

4. Manakala Moon Jang Yeol (Lee Min Ki) lulus dari akademi polis dengan markah paling tinggi

fed3d575 e650 4708 88a1 38f616518c64

5. Berharap untuk menjadi polis unit jenayah yang berprestasi, sebaliknya dia ditugaskan ke kampung Mujin yang damai tanpa kes kejahatan dan jenayah

a9625b20 3fcc 4082 bab5 a04947297906

6. Jalan hidupnya semakin aneh setelah berinteraksi dengan warga kampung Mujin, terutama doktor haiwan Bong Ye Bon

17678e16 62c7 4e55 b335 fb5dd29e7ee3

7. Selain Moon Jang Yeol, terdapat Seon Woo Kim (Suho EXO) yang juga merupakan orang baru di kampung Mujin

1c25cf8a 3140 439f a4d3 c04cca447426

8. Seon Woo Kim bekerja di sebuah mini market di kampung Mujin

4eededa9 85ea 44d3 92b5 f28b49c5e14c

9. Dia adalah seorang pemuda yang ramah dan murah dengan senyuman, namun ada sesuatu pada diri Seon Woo Kim yang membuatnya tampak misteri

da166431 cbe5 47a1 835a f2dec9e65c4c

Interaksi ketiga-tiga watak utama dalam drama siri Behind Your Touch akan memberikan cerita dengan sentuhan komedi, misteri dan juga romantik.

Behind Your Touch boleh anda tonton di platform Netflix bermula 12 Ogos 2023 nanti.
Jangan lupa untuk menonton ya!

 

Baca lagi: Arthdal Chronicles: The Sword of Aramoon Tidak Tayang di Netflix?
Baca juga: 10 Kdrama Baharu Tayang Ogos 2023