Home Artis Korea Kdrama September 2023, 11 Artis Lelaki Digandingkan Dengan Heroin Lebih Tua

Kdrama September 2023, 11 Artis Lelaki Digandingkan Dengan Heroin Lebih Tua

0

Sekarang ini Disney+ Hotstar sedang trending kerana menayangkan Kdrama siri Moving pada setiap hari Rabu.

Kdrama siri tersebut mendapat banyak perhatian penonton kerana membawa kisah yang luar biasa. Salah satu kisahnya adalah kisah cinta tiga segi yang dialami oleh Lee Jeong Ha, Ko Yoon Jung, dan Kim Do Hoon. Tanpa disangka, Lee Jeong Ha dan Kim Do Hoon ternyata mempunyai usia yang lebih muda dari Ko Yoon Jung.

Begitu juga dengan para pelakon Korea berikut yang bergandingan dengan noona (kakak/wanita yang lebih tua) dalam Kdrama siri yang ditayangkan pada September 2023. Jom kita lihat siapakah mereka ini!

 

adae8ee1 bc83 4808 8238 cd08611f618c1. Sedang meningkat naik, Lee Jung-ha digandingkan dengan Ko Yoon Jung yang sebenarnya 2 tahun lebih tua darinya dalam Kdrama Moving

 

 

fb4ba8e4 25d1 42de b0b0 2aba312f745d2. Selain Lee Jeong Ha, Kim Do Hoon juga membuatkan para penonton cair sewaktu bergandingan dengan Ko Yoon Jung yang lebih tua 2 tahun darinya dalam Moving

 

 

f0a4810b 46bc 4821 a6c2 76844877a6b53. Ditayangkan pada 8 September, Ahn Hyo Seop melakonkan 2 watak dalam A Time Called You. Dia bergandingan dengan Jeon Yeo Bin yang lebih tua 6 tahun

 

 

46ad5235 d314 4cea b474 cdef077938d54. Masih dalam Kdrama A Time Called You, Kang Hoon juga dikisahkan jatuh cinta pada Jeon Yeo Bin. Usia sebenar kedua-duanya berbeza 2 tahun

 

 

a5d7c11f 18eb 4fa3 a5f0 15bba537be3b5. Comeback sebagai detektif, Lee Min Ki dikisahkan bekerja sama dengan Han Ji Min yang umur sebenarnya lebih tua 3 tahun dalam Behind Your Touch

 

 

4ef28568 f274 4d38 bace 4183ed2e88f76. Lahir pada tahun 1991, Suho menjadi watak misteri yang disukai oleh Han Ji Min dalam Behind Your Touch. Usia sebenar mereka berbeza 9 tahun

 

 

dc6e96fb a58d 441e 8a7d 54e4d65c0f057. Sementara itu, Na In Woo dikisahkan bersahabat dengan Kim Ji Eun yang lahir setahun lebih awal darinya dalam drama Longing for You

 

 

0d754cb1 a390 43ad 964a e76083c405a38. Dikisahkan lebih tua, Ro Woon sebenarnya lebih muda dari Jo Bo Ah dan Yura dalam Destined with You. Mereka terjerat kisah cinta yang rumit

 

 

801c68da 8ddd 430b a074 5d1c4144d51b9. Comeback buat kali kedua, Ryeo Un bergandingan dengan Seol In Ah yang umur sebenarnya adalah 2 tahun lebih tua darinya dalam Twinkling Watermelon

 

 

feff2192 1bea 45e9 8ffb 8776afbfe9dc

10. Bergabung dalam Twinkling Watermelon sebagai pelakon utama, Choi Hyun Wook mempunyai umur lebih muda dari Seol In Ah, iaitu beza 6 tahun

 

 

Kdrama11. Jadi penyeludup dadah, Wi Ha Joon diceritakan jatuh cinta pada Im Se Mi yang usia sebenar lebih tua 4 tahun darinya dalam drama The Worst of Evil

Perbezaan umur tidak menjadi halangan bagi para pelakon di atas untuk berlakon bersama dengan pelakon wanita ataupun heroin yang lebih tua darinya. Keserasian mereka juga tetap berjaya ditunjukkan dengan sangat berkesan.

Baca lagi: 11 Kdrama Yang Dibintangi Artis BH Entertainment, Menghiburkan
Baca juga: 10 Pasangan Kdrama Ini Adalah Kegemaran Para Penonton