Home Artis Korea 10 Pasangan Kdrama Ini Adalah Kegemaran Para Penonton

10 Pasangan Kdrama Ini Adalah Kegemaran Para Penonton

0

Bukan hanya memandang genre, Kdrama siri dari Korea Selatan memang selalu menyelitkan kisah cinta antara setiap watak yang penting mahupun watak sampingan. Walaupun kadang-kadang hanya menampilkan elemen romantik yang nipis atau ringan sahaja, keserasian hebat para pelakonnya tetap mampu membuatkan para penonton terbuai-buai dengan emosi.

Jangan terkejut! Ramai juga penonton yang mengharapkan pasangan romantik dalam Kdrama untuk bersama di dunia nyata hingga muncul khabar-khabar angin tentang hubungan cinta mereka. Semua itu tentu disebabkan oleh sokongan para penonton drama tersebut.

Berikut adalah 10 pasangan dalam Kdrama siri tahun 2023 yang mendapat banyak sokongan dan digemari para penonton. Jom sama-sama kita lihat pasangan serasi dalam Kdrama yang digemari oleh para penonton:

 

Kdrama1. Melakonkan watak suami isteri dalam Moving, Han Hyo Joo dan Jo In Sung berjaya membuatkan berjuta penonton terbuai bahagia hingga mereka berdua digesa untuk jalin hubungan di dunia nyata

 

 

ff44a8eb 94c8 448a b5a4 8a02c6f83c672. Kisah cinta mereka penuh cubaan, penonton turut tidak senang duduk dengan sambungan kisah cinta Ahn Eun Jin dan Nam Goong Min dalam drama My Dearest Bahagian 2

 

 

a6dd44df 3f09 47d4 ba9b 5533a61041953. Sudah menjadi kawan rapat sebelum berlakon bersama dalam King the Land, Im Yoon Ah dan Lee Jun Ho pun pernah digosipkan menjalin hubungan istimewa

 

 

c7f5a091 2ded 4d6d 9375 3e394544ce484. Pernah dikritik sewaktu mula-mula direkrut, Shin Hye Sun dan Ahn Bo Hyun juga mendapat banyak sokongan penonton dalam drama See You in My 19th Life

 

 

22374b09 ac02 418b 8c79 1adfa949cfa45. Walaupun perbezaan usia mereka sangat jauh, Jung Kyung Ho dan Jeon Do Yeon tetap berjaya membuatkan penonton cair hati dalam drama Crash Course in Romance

 

 

3c75c125 f3ca 4536 a636 bd5e006627b06. Lakonan romantik Min Woo Hyuk membuatkan kisah cintanya dengan Uhm Jung Hwa dalam drama Doctor Cha juga mendapat sokongan penonton

 

 

ee231676 48e7 43f1 92a0 83f8c751381a7. Jarang ada adegan romantik, kisah cinta Kim Bum dengan Woo Hyun Jin juga membuat penonton turut bahagia dalam Tale of the Nine Tailed 1938

 

 

1ef94ac2 936f 4cc6 a1c9 91c459f1c7ab

8. Menampilkan romansa komedi yang ringan, Yoo Tae O dan Kim Ok Vin juga membuatkan penonton terbuai dengan emosi dan senyum sendiri dalam drama Love to Hate You

 

 

061e715a ce31 4b73 99d1 65fa1fc6c0559. Drama ini lebih fokus kepada kes pembunuhan bersiri, Kim Dong Wook dan Jin Ki Joo berjaya menunjukan pengakhiran cinta bahagia semasa ending drama My Perfect Stranger

 

 

f5469600 0da7 47e4 866c c861b2f7706d10. Lee Je-hoon, dan Pyo Ye Jin yang cukup serasi membuatkan penonton menginginkan kisah romantik antara mereka dalam drama Taxi Driver 2

Keserasian yang menjadi antara para pelakon Korea di atas membuatkan kisah cinta mereka dalam Kdrama mendapat banyak sokongan penonton. Walaupun begitu, tidak semua pasangan dalam Kdrama 2023 di atas berakhir dengan berbahagia bersama. Terdapat pasangan yang dikisahkan membawa haluan hidup masing-masing dan ada juga yang cintanya terhalang.

Baca lagi: Behind Your Touch, 11 Watak Penting Dan Kerjaya Mereka