Home K - Pop “Kalau Saya Tak Berlakon Filem Itu, Mesti Saya Tak Akan Dapat Tawaran...

“Kalau Saya Tak Berlakon Filem Itu, Mesti Saya Tak Akan Dapat Tawaran Berlakon Filem Parasite”- Choi Woo Shik

0

Pelakon Choi Woo Shik dikenali dengan watak Ki Woo di dalam filem terkenal ‘Parasite’ yang telah ditayangkan pada tahun 2019.

Woo Shik telah mendapat pujian dari orang ramai tentang lakonannya yang matang sepadan dengan kehendak filem tersebut.

Choi Woo Shik mengatakan bahawa sering kali dia mendapat watak yang ceria dan mudah. Tetapi pada tahun 2014, dia telah mendapat tawaran filem “Set Me Free”.

unnamed 17

Dia pada mulanya menolak tawaran tersebut kerana dia percaya bahawa dia belum cukup mahir lagi untuk memainkan watak Yeong Jae.

Young Jae merupakan seorang remaja malang yang bersusah- payah mencari rumah setelah diabaikan bapanya dan rumah anak- anak yatim.

Set Me Free 700x331 1

Walaupun ia sukar, Woo Shik memilih untuk mencabar dirinya sendiri dan telah menerima hasil yang memberangsangkan.

Dia telah memenangi anugerah utama seperti “Pelakon Baru Terbaik” dalam rancangan anugerah terkemuka.

Pengarah Parasite, Bong Joon Ho, yang menonton “Set Me Free” telah memberi perhatiannya kepada pelakon muda yang sedang berkembang itu.

Walaupun ia bukan peranan yang besar, Woo Shik telah ditawarkan untuk menjadi sebahagian daripada pelakon Okja, sebuah lagi filem ikonik Korea.

Selepas peranan Woo Shik sebagai pemandu trak dalam Okja, Bong Joon Ho yakin bahawa dia perlu mengambil Choi Woo Shik sekali lagi, kali ini di dalam filem “Parasite”.

unnamed 1 6

Bong Joon Ho: Woo Shik, apa yang awak akan buat mulai sekarang?

Choi Woo Shik: Tiada apa-apa, saya akan mula bersenam.

Bong Joon Ho: Jangan bersenam dan tunggu dulu. Pastikan diri anda kurus buat masa sekarang.

Dan selebihnya adalah sejarah yang tercipta!

Sumber: Koreaboo