Home Movie 5 K-Movie Terbaru 2022, Termasuk Cerita Alien Merentas Masa Ke Zaman Dulu

5 K-Movie Terbaru 2022, Termasuk Cerita Alien Merentas Masa Ke Zaman Dulu

0

Tahun baru, diari baru begitu juga filem baru. Berikut 5 filem Korea yang menjengah pawagam pada tahun 2022:

1. Alien

1

Filem sci-fi bercampur sejarah ini mengisahkan sebuah pintu portal terbuka menghubungkan zaman moden dengan era Goryeo (918-1392). Kemudian makhluk asing datang ke bumi, untuk mengambil sebuah pedang misteri dan merentas ke zaman dulu lalu bertemu seorang pahlawan pedang.

Pelakon: Ryu Jun-yeol, Kim Woo-bin, Kim Tae-ri, So Ji-sub, Lee Ha-nee, Yum Jung-ah dan Jo Woo-jin.

2. Confidential Assignment 2

2 3

Sekuel kepada filem komedi aksi 2017, Confidential Assignment bakal menjengah pawagam tahun ini. Ia berkisar tentang detektif Korea Utara Lim Cheol-ryung yang berganding bahu dengan detektif polis Korea Selatan Kang Jin-tae untuk menyelesaikan misi sebuah rahsia.

Pelakon: Hyun Bin, Yoo Hai-jin

3. The Roundup

3 3

The Roundup, sekuel kepada filem aksi jenayah 2017, The Outlaws, tayangannya dijadualkan pada pertengahan pertama tahun 2022. The Outlaws menarik lebih 6.9 juta penonton filem pada 2017.

Detektif Ma Seok-do kembali mengaum garang tangkap penjenayah. Semasa ‘buang’ suspek ke negara asing, ketibaannya disambut dengan kes pembunuhan dan dia ada dengar cerita tentang pembunuh kejam yang selalu cari pasal dengan pelancong selama beberapa tahun.

Pelakon: Ma Dong-seok @ Don Lee, Son Suk-ku

4. The Pirates: Goblin Flag

4 3

The Pirates: Goblin Flag, sekuel kepada filem aksi 2014, The Pirates mengisahkan sekumpulan lanun yang memburu harta karun diraja yang hilang di laut lepas.

Pelakon: Kang Ha-neul, Han Hyo-joo dan Lee Kwang Soo

5. Bogota: City of the Lost

5 2

Filem genre drama jenayah ini menceritakan kisah rakyat Korea berhijrah ke Colombia pada 1990-an untuk mencari kehidupan lebih baik. Penggambaran bermula pada Januari 2020 di Colombia namun terpaksa ditangguh kerana pandemik. Kemudian disambung semula pada Jun tahun lalu di Korea dan selesai penggambaran pada Oktober. Filem ini dilaporkan bakal dilancarkan pada tahun ini.

Pelakon: Song Joong-ki

Sumber: SCMP