Home Entertainment Pelakon “Squid Game” Raih Trofi Golden Globes, Ini Komen Ogy

Pelakon “Squid Game” Raih Trofi Golden Globes, Ini Komen Ogy

0

Menerusi akaun Instagramnya, Fauziah atau lebih mesra disapa Ogy dilihat turut memuji kredibiliti Young Soo menerusi kemenangannya itu.

AWAL minggu ini menyaksikan sejarah tercipta di Hollywood apabila pelakon asal Korea Selatan, Oh Young Soo menerima anugerah Pelakon Pembantu Terbaik di majlis anugerah Golden Globes Ke-79.

2fcb8687 6a76 4014 81cf 10d5d469640a squidgame unit 101 216

Young Soo menerima pengiktirafan tersebut selepas berjaya mencuri hati juri menerusi watak Oh Il Nam dalam drama bersiri popular lakonannya, Squid Game yang ditayangkan di Netflix.

Pelakon berusia 78 tahun itu mengalahkan pesaing-pesaing terdekat seperti Billy Crudup dan Mark Duplass menerusi siri The Morning Show; Kieran Culkin (Succession) dan Brett Goldstein (Ted Lasso).

e0577277 44ba 48dc a1cf ae336b740e9a

Kejayaan Young Soo tidak hanya diraikan oleh peminat-peminat di Korea Selatan sahaja, malah rasa bangga itu turut dikongsi sama oleh penonton Squid Game di seluruh dunia.

005955300 1505121617 Biji Kopi7

Pelakon berbakat besar, Fauziah Ahmad Daud juga tidak terkecuali.

Menerusi akaun Instagramnya, Fauziah atau lebih mesra disapa Ogy dilihat turut memuji kredibiliti Young Soo menerusi kemenangannya itu.

Capture 3

“Ni baru aktor hebat, terus menang Best Supporting Actor Anugerah Golden Globe 2022. Tak perlu juta-juta followers.

“Mutu lakonan dan fahaman watak menambat para juri Hollywood, menganugerahkan Oh Young Soo, pelakon drama bersiri Squid Game.

“Takda pun dia terima panggilan ‘otai’. Tapi dia dihormati sebagai aktor senior yang dihargai bakat, pengalaman, ilmu yang ada pada dirinya,” ujar Ogy.

fauziah ahmad daud 120520

Sepanjang karier, Ogy telah beberapa kali menerima pengiktirafan daripada Festival Filem Malaysia.

Antaranya Pelakon Harapan Terbaik menerusi filem Ceritaku Ceritamu, Pelakon Wanita Terbaik (Ali Setan) dan Puteri serta Pelakon Pembantu Wanita Terbaik (Langit Cinta).

Sumber: Astro Awani & Instagram Kak_Ogy