Home K - Pop Joy Red Velvet Dan Crush Sedang Bercinta

Joy Red Velvet Dan Crush Sedang Bercinta

0

Joy Red Velvet dan penyanyi Crush bercinta.

Khabar ini telah disahkan sendiri oleh agensi Joy, SM Entertainment yang mereka tengah dating.

Terdahulu mereka dilaporkan bermula berkenalan sebagai senior dan junior, kemudian jadi kawan semasa menjayakan single Crush, ‘I wake up’ dan akhirnya jadi kekasih.

Minat yang sama terhadap anjing mengikat hubungan mereka menjadi lebih rapat. Menurut Crush, bibit-bibit cinta mereka semakin berbunga semasa mereka bawa anjing masing-masing keluar berjalan-jalan sama-sama.

Joy berusia 25 tahun telah debut sebagai ahli Red Velvet pada tahun 2014 dengan lagu-lagu hit seperti ‘Dumb Dumb’, ‘Ice Cream Cake’, ‘Russian Roulette’, ‘Peekaboo’ dan ‘Red Flavor’, serta hasilkan album solo pertamanya pada Mei lalu.

Selain itu, Joy atau nama sebenarnya Park Soo-young turut pernah muncul dalam drama ‘She Loves Lies Too Much’ tahun 2017 dan ‘The Great Seducer’ pada tahun 2018.

Manakala Crush, 29 tahun pula debut dengan Cheetah pada tahun 2012 sebelum bergerak solo. Dia turut menyumbang suara untuk runut bunyi drama-drama seperti ‘It’s Okay, That’s Love’- ‘Sleepless Night’ dan ‘Goblin’ OST- ‘Beautiful’.

 

Sumber: Naver