Home Entertainment Bintang Running Man Bakal ‘Dirasuk’ Boneka Misteri Dalam Episod Minggu Depan

Bintang Running Man Bakal ‘Dirasuk’ Boneka Misteri Dalam Episod Minggu Depan

0

Bersiap sedia dengan bantal dan selimut untuk episod menakutkan seterusnya dalam “Running Man”!

Pada 22 Ogos, stesen TV SBS telah belanja sedikit teaser episod Running Man (RM) yang menakutkan dengan bertemakan boneka misteri.

Menurut laman Soompi, dalam episod minggu depan itu nanti para anggota RM tiba di ‘Pameran Anak Patung VIP’. Setelah melihat-lihat boneka mahal yang dipamerkan, para peserta diminta untuk memilih satu boneka edisi terhad untuk diri mereka sendiri.

Namun, situasi jadi kacau dan seram apabila penulis Kim So Hee cerita sejarah boneka yang mereka pilih. Bila tengok anak patung yang dipegang Song Ji Hyo, tiba-tiba dia tersentak dan jerit, “Tunggu, kenapa kau…” sebelum rebah dan tak sedarkan diri.

Para runners kemudian diberitahu bahawa penulis telah meninggal dunia, dan mereka yang memilih anak patung paling mahal akan menerima harta pusaka.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai apa yang ditinggalkan oleh penulis Kim So Hee, mereka pergi ke lokasi baru, di mana mereka menyedari bahawa terdapat banyak boneka yang diletakkan di sekitar bangunan.

Walaupun tertanya-tanya mengapa terdapat begitu banyak mainan di situ, mereka tetap cari anak patung spesifik tersebut.

Episod “Running Man” akan ditayangkan pada 29 Ogos jam 5 petang waktu Korea Selatan.

 

Anda mungkin berminat untuk baca lagi artikel-artikel tentang Running Man di bawah:

5 Episod Menyeramkan Dalam Running Man

Running Man Lakar Kejayaan Manis

Pengarah Running Man Umum Undur Diri Kerana Sudah Kering Idea

 

Sumber: Soompi