Home Entertainment 5 Episod Menyeramkan Dalam Running Man

5 Episod Menyeramkan Dalam Running Man

0

Seram tapi lucu, berikut beberapa episod Running Man (RM) yang menyajikan tema seram:

1. Episod 354- Labirin Ketakutan

Lima ahli Running Man (RM) yang kalah kena menjalankan misi di salah sebuah rumah hantu paling seram di dunia yang terletak di Jepun.

Mereka ditugaskan untuk cari name tag masing-masing yang tersembunyi di dalam rumah hantu tersebut. Bukan member je yang takut, VJ atau cameraman pun siap lari ketakutan keluar dari bangunan tu tinggal kamera.

2. Episod 261- Sekolah Berhantu

Pada malam hari, sebuah sekolah berubah menjadi bangunan angker. Para anggota RM bersama VJ yang merakam harus masuk ke situ untuk cari name tag masing-masing yang tersembunyi dan keluar sama-sama atau mengkhianati antara satu sama lain.

Misi ini bukan mudah kerana kedatangan mereka turut disambut oleh hantu-hantu palsu dan banyak aksi jump scare. Bagaimana pun tingkah member RM dan VJ yang lari tak cukup lantai pasti akan buatkan penonton berdekah.

3. Episode 463- Perang Dewa-Dewa

Sung Dong Il, Bae Seong Woo, Cho Yi Hyun, dan Kim Hye Jun menjadi tetamu undangan di episod ini untuk mempromosikan filem seram mereka bertajuk ‘Metamorphosis’.

Seperti filem hantu itu, nuansa seram turut menyelubungi episod Running Man kali ini. Dalam episod ini diceritakan bahawa ada tiga dewa mitos Greek yang menyamar jadi manusia.

Salah satu dewa tersebut adalah Hades, antagonis dan dewa dari ‘underworld’ yang nak kuasai bumi. Kemudian ada juga Zeus dan Posseidon yang menyamar menjadi manusia untuk mengembalikan Hades ke alam baka.

Para peserta harus siapa Hades siapa sebenarnya dan singkirkan dengan cara membakar sebuah kerusi kayu bertanda R. Rupanya sosok Hades adalah orang yang tidak disangka-sangka dan ada plot twist tau dalam episod ini.

4. Legenda Urban di Stesen TV SBS- Episode 477

Kali ini cerita tentang legenda hantu di stesen TV SBS yang menayangkan RM. Kisahnya dulu ada seorang produser dan pembantunya yang tulis sebuah proposal yang menjamin rating naik sebesar 40%.

Disebabkan dengki, produser dan penulis itu dihapuskan oleh pihak lain. Sejak kejadian itu, setiap malam dengar bunyi orang batuk dan derapan sepatu tumit tinggi (sebab masa hidup produser suka batuk manakala asisten pula pakai kasut tumit tinggi) berkeliaran cari proposal tu.

Jadi member Running Man termasuk guests iaitu Jin Young GOT7, Heo Kyeong Hwan, Seo Eun Soo, dan Choi Ri berperanan sebagai produser dan penulis untuk program berjudul Dalim Man.

Mereka diberi misi untuk menemukan proposal legenda tersebut dan menyingkirkan dua hantu tadi, yang mana hantu-hantu tersebut berada dalam kalangan mereka.

5. Episode 408- Istana Berhantu

Dalam episod ini, para peserta kena berhadapan dengan hantu-hantu di Istana Oxford atau lebih dikenali sebagai ‘Istana Hantu.’

Untuk pengetahuan anda, istana ini terkenal dengan cerita Ratu Matilda, iaitu ratu pertama England yang dikurung selama tiga bulan sampai mati. Khabar angin bertiup kencang mengatakan rohnya terapung-apung di situ.

Berbalik ke cerita RM tadi, members diberi misi untuk masuk ke bilik kurungan tu, ambil lima keping polaroid yang ada huruf, teka nama supaya tak kena denda tidur di dalam istana tu.

 

Sumber:  Channel Korea, Idn Times