Home Kdrama/Kmovie Drama Snowdrop Bagi Teaser Video, Penonton Makin Tak Sabar

Drama Snowdrop Bagi Teaser Video, Penonton Makin Tak Sabar

0

Drama Snowdrop sempat dilanda kontroversi sebelum ditayangkan.

Malah ramai masyarakat Korea Selatan menandatangani petisyen supaya drama berlatar tahun 1987 itu tidak dibenarkan tayangan kerana dianggap bercanggah dengan peristiwa bersejarah. Sehinggakan penulis terpaksa merombak skrip dan mengganti jalan cerita.

Meskipun sudah dipastikan akan tayang pada tahun 2021 ini, sehingga kini belum sahih lagi bila tarikh tepat Snowdrop ditayangkan. Memetik tulisan artikel Suara, drama itu khabarnya dijangka akan datang pada bulan September namun pihak produksi belum bagi kata putus lagi.

Setelah tertunda dan tertunggu-tunggu, akhirnya para penonton boleh menarik nafas lega apabila pihak drama Snowdrop tunjuk sikit teaser video.

Drama yang dibintangi Jisoo BLACKPINK dan Jung Hae In itu terus menduduki trending topic Twitter pada Selasa (17/08) malam.

Dalam teaser tersebut, Jisoo yang pegang watak Eun Young Cho dan Hae In memainkan peranan Im Soo Ho dikatakan sudah menunjukkan chemistry yang kuat semasa menari dan saling bertemu mata.

https://twitter.com/MikeAdamOnAir/status/1427686765494734848

Sumber: Suara