Home Entertainment Jin BTS Disyaki Bercuti Ke Pulau Jeju Bersama Artis Ini, Ada Bukti...

Jin BTS Disyaki Bercuti Ke Pulau Jeju Bersama Artis Ini, Ada Bukti ‘Lovestagram’!

0

Jin BTS (Bangtan Boys) sedang bercuti ke Pulau Jeju. Ramai yang mengesyaki idola itu bukan pergi bersendirian, tetapi bersama artis tertentu.

Menerusi muat naik di Instagramnya pada Ahad (25/6/2022), Jin tiba-tiba post gambar dirinya tanpa pakaian.

Daripada jawapannya di komen Suga, ia mendedahkan bahawa Jin berada di Pulau Jeju. Katanya, percutiannya kali ini langsung tidak dirancang.

Selain gambar tanpa pakaian, Jin turut menyiarkan beberapa gambar yang menunjukkan dirinya sedang berseronok di pantai. Walaupun bersendirian dalam foto itu, Jin disyaki pergi ke Jeju bersama rakan-rakan.

Kecurigaan peminat bermula apabila aktor Lee Sang Yeob mengepost gambar di akaun Instagramnya pada hari Isnin (27/6/2022). Dalam gambar yang dikongsikan, bintang drama “Eve” itu mengambil gambar di pantai dengan tempat dan pemandangan yang sama seperti Jin.

Baca lagi: ‘Dapat Je Skrip Terus Saya Tonton Siri Asal Cerita Ni’, Im Soo Hyang Dedah Punca Sebenar Terima Watak Itu

Baca lagi: Eli Memutuskan Untuk Tinggalkan Anak Dan Bekas Isteri, Ji Yeon Soo Menangis Peluk Anak

Jin dan Lee Sang Yeob memang dikenali sebagai kawan rapat. Melihat “lovestagram” mereka yang jelas, peminat hampir 100 peratus pasti Jin dan Lee Sang Yeob pergi ke Pulau Jeju bersama-sama.

Tetapi ada persoalan baru yang timbul tentang agenda mereka ke Jeju. Jin berkata bahawa ia adalah percutian yang tidak dirancang sama sekali. Tetapi ARMY mengesyaki mereka mungkin membuat penggambaran rancangan bersama.

Sementara itu, ahli BTS kini sibuk dengan aktiviti solo masing-masing. Kumpulan tujuh orang itu mengurangkan aktiviti bersama demi memberi fokus kepada aktiviti solo mereka.

Sumber: [1], [2]