Home Entertainment Park Bo Gum Mencairkan Hati Netizen Dengan Melakukan Tindakan Ini Kepada Lisa...

Park Bo Gum Mencairkan Hati Netizen Dengan Melakukan Tindakan Ini Kepada Lisa BLACKPINK

0

Park Bo Gum membuktikan keperibadiannya yang sebenar kepada semua orang yang ditemuinya!

Apabila bercakap mengenai pelakon yang cukup manis dan kacak hingga mencairkan hati netizen di seluruh dunia, Park Bo Gum sentiasa berada di senarai teratas.

Baru-baru ini diumumkan bahawa, bersama V BTS dan Lisa BLACKPINK, Park Bo Gum menuju ke Paris untuk pertunjukan Minggu Fesyen CELINE Paris. Malah di lapangan terbang, pelakon itu sudah memikat hati netizen dengan gaya dan visualnya.

unnamed 4

Park Bo Gum dipuji kerana sikapnya yang ‘gentleman’ kepada semua orang di sekelilingnya. Dia akan memastikan untuk bersembang bersama peminat, mengambil selfie dan menjadi manusia yang baik di dunia.

Nampaknya walau apa pun yang dilakukannya, pasti netizen akan memuji pujaan itu kerana adab dan keperibadiannya.

celine front row mens ss23 ars 13

Sepanjang acara itu berlangsung, netizen tidak dapat berhenti bercerita tentang Park Bo Gum dan Lisa, yang mempunyai interaksi paling comel.

Setiap kali ketiga-tiga mereka dikelilingi oleh media, Lisa akan sentiasa memastikan Park Bo Gum tidak disisihkan.

Namun, netizen perasan sesuatu yang membuktikan Park Bo Gum sebagai lelaki terbaik. Selepas tamat pesta, Lisa kelihatan memegang jaket yang pasti akan membuatkannya hangat.

unnamed 3

unnamed 1unnamed 6

Netizen kemudian menyedari bahawa Park Bo Gum tidak memakai apa-apa selain dari turtleneck yang dipakainya semasa acara utama. Sudah tentu, pelakon itu adalah seorang lelaki yang baik dengan memberikan jaketnya kepada Lisa, agar Lisa tidak kesejukan.

Baca lagi:3 Idola K-Pop Wanita Ini Membuktikan Kulit Mereka Sama Seperi Orang Biasa

Baca lagi: V BTS Dikritik Bersikap Kurang Ajar, Cara Minta Maaf Pun…

unnamed 2

Ia bukan satu-satunya saat Bo Gum dipuji kerana kelakuannya yang baik terhadap Lisa. Ketika Lisa keluar dari hotel untuk pergi ke kereta, Lisa kelihatan seperti sedang menandatangani sesuatu dan Park Bo Gum telah menunggunya sehingga selesai.

Park Bo Gum, juga turut menemani Lisa yang pergi untuk menyambut pelakon Eddie Redmayne sebagai tanda sokongan.

Sepanjang acara itu, ketiga-tiga selebriti itu benar-benar mengambil berat antara satu sama lain dan menutup sebarang idea perang peminat.

Sumber: [1]