Taeyeon Girls Generation telah menerbitkan rasa risau buat peminat-peminat beliau selepas memuatnaik hantaran di laman sosial dengan ‘caption’ sedang berada dalam tekanan.

Pada 8 November, Taeyeon telah memuat naik beberapa keping gambar seperti gambar suafoto, hasil seni dan juga gula-gula namun salah satu daripada hantaran tersebut telah menarik perhatian peminat beliau. Gambar tersebut memaparkan sebuah tulisan tangan yang perkataan itu ditulis berulang-ulang kali, iaitu, “Jika saya tiada di sini, semua tetap akan berjalan seperti biasa.”

Screenshot 2022 11 10 at 1.48.39 AM Screenshot 2022 11 10 at 1.48.46 AM Screenshot 2022 11 10 at 1.48.53 AM Screenshot 2022 11 10 at 1.49.03 AM

Peminat mula memberi komen kepada gambar tersebut,

“Jika awak tiada disini, dunia akan terhenti.”

“Hdup saya tidak akan bermakna tanpa kamu.”

“Dunia mungkin seperti biasa, tetapi tidak buat saya.”

“Taeyeon, u are my world, please dont giveup.”

“Stay strong, u have done great!”

Rata-rata peminat yang hadir di ruangan komen cuba memberi kata-kata semangat buat penyanyi tersebut.

Apa korang rasa pasal Taeyeon? Kesian betul… Semoga semua nya baik-baik sahaja. Dapatkan bantuan jika anda mempunyai masalah atau berdepan dengan situasi yang memerlukan pertolongan orang lain. Anda tidak bersendirian.

Sumber: Allkpop

Baca artikel terdahulu: “Saya Kembali Untuk Balas Dendam…”- Song Joong Ki Akui Dihidupkan Semula Sebagai “Reborn Rich” 

Previous article‘Saya Kembali Untuk Balas Dendam…”- Song Joong Ki Akui Dihidupkan Semula Sebagai “Reborn Rich”
Next article“Tidak, Saya Cintakan Dia…”- Song Ji Hyo & Kim Jong Kook Akhirnya Luah Perasaan Mereka Dalam ‘Running Man’