Kalau tengok Running Man musim sekarang, perhatian tertumpu kepada Kim Jong Kook & Song Ji Hyo. Mana tak nya, semua mengharapkan mereka berdua bersama sebagai pasangan kekasih.

Malah, terbaru, kedua-dua selebriti ini dikatakan telah meluah perasaan mereka dalam sebuah episod terbaru Running Man dan membuatkan Yoo Jae Suk merasa bahagia. Mereka telah lama digosipkan bersama dan turut mendapat sokongan daripada peminat dan Yoo Jae Suk sendiri.

Di dalam episod terbaru yang bersiaran pada 6 November lalu, tetamu jemputan mereka merupakan Jin BTS, tetamu jemputan dan bintang Running Man telah bermain satu permainan dan mereka diarahkan untuk memberi kenyataan benar terhadap lawan mereka. Ahli kumpulan yang menerima kenyataan tersebut harus berbuat sesuatu bagi menafikan kenyataan yang diberi oleh pihak lawan.

Yoo Jae Suk telah ‘menyerang’ Song Ji Hyo dan bertanya, “Ji Hyo, awak tak suka Jong Kook kan?” Dan sebagai membalas, Song Ji Hyo menafikan kenyataan tersebut, “Tidak,tidak! Saya amat mencintai Jong Kook” dan telah meluru kearah Jong Kook dan memberi ciuman di dahi Jong Kook.

1667947218 image

Ini menyebabkan kesemua ahli Running Man sangat teruja, malah Jeon So Min turut berkata, “Ini benar, ini adalah cinta!” Yoo Jae Suk yang merupakan ‘matchmaker’ kelihatan sangat gembira dan teruja!

Betul ke mereka bercinta? Korang rasa?

Sumber: Allkpop

Baca artikel terdahulu: “Jika Saya Tiada, Semua Tetap Berjalan Seperti Biasa” -Taeyeon Girls Generation Beri Gambaran Seperti Berada Dalam Tekanan, Peminat Gusar 

Previous article“Jika Saya Tiada, Semua Tetap Berjalan Seperti Biasa”- Taeyeon Girls Generation Beri Gambaran Seperti Berada Dalam Tekanan, Peminat Gusar
Next article“Ada Dalam 1 Gambar Pun Jadilah”- Gambar Wooga Squad Di edit Untuk Letak Gambar Park Hyung Sik