Home K - Pop ‘Saya Kembali Untuk Balas Dendam…”- Song Joong Ki Akui Dihidupkan Semula Sebagai...

‘Saya Kembali Untuk Balas Dendam…”- Song Joong Ki Akui Dihidupkan Semula Sebagai “Reborn Rich”

0

Kalau sebut je nama Song Joong Ki, korang mesti teringat watak beliau dalam sebuah drama hit, Descendant of The Sun yang turut dilakonkan bersama dengan aktress cantik jelita yang juga merupakan bekas isteri kepada Song Joong Ki, Song Hye Kyo.

Setelah lama menyepi, akhirnya Joong Ki kembali untuk membalas dendam dalam sebuah kdrama terbaru yang bakal ditayangkan di aplikasi Viu.

Reborn Rich Teaser Poster 1 scaled

Kdrama bertajuk, Reborn Rich itu atau nama lain nya, The Youngest Son of a Conglomerate merupakan sebuah drama terbaru Joong Ki selepas kejayaan nya dengan drama Vincenzo. Drama ini diadaptasikan daripada novel web bertajuk, ‘Chaeboljib Maknaeadeul” yang diterbitkan sekitar tahun 2017-2018 melalui Kakao. Reborn Rich turut dilakonkan oleh Shin Hyun-Been, Tiffany, Lee Sung-Min dan ramai lagi.

sinopsis reborn rich sub indo viu min

Drama ini membawa genre melodrama, fantasi, romantis. Mengisahkan tentang seorang lelaki yang dilahirkan semula sebagai anak bongsu kepada keluarga kaya dan cuba untuk membalas dendam ke atas kematian yang menimpa dirinya.

dummy 1

Yoon Hyun-woo merupakan seorang pegawai yang bekerja di syarikat Sunyang Group. Hyun-woo telah dituduh mencuri wang dana syarikat tersebut dan telah dibunuh oleh anak lelaki yang paling muda dalam keluarga Sunyang, Jin Do-joon.

Keesokannya, Hyun-woo telah terbangun daripada tidur dan mula menyedari bahawa dia dihidupkan semula, tetapi dalam badan Do-joon. Hyun-woo yang berada di dalam badan Do-joon bertekad untuk membalas dendam di atas hal-hal yang telah terjadi kepada dirinya.

Pertama sekali yang akan dilakukan oleh nya ialah berhadapan dengan Jin Yang-chul yang merupakan ketua kepada syarikat Sunyang Group. Yang-chul mempunyai sifat buruk, iaitu tamak haloba dan sangat bersikap kompetitif. Mampukah Yoon Hyun-woo membalas dendam nya?

Kalau nak tahu lebih lanjut, korang kena la tengok cerita Oppa Joong Ki ni yang bakal bersiaran di aplikasi Viu pada 18 November 2022 nanti.

Pastikan korang langgan dulu pek premium Viu, supaya korang dapat tonton cerita ni tanpa gangguan! Apa tunggu lagi, klik link untuk ketahui lebih lanjut mengenai pek premium dan playlist kdrama, Reborn Rich.