Home Kdrama/Kmovie Ini Reaksi Netizen Korea Selepas Melihat Kelibat Jennie BLACKPINK Dalam Drama Siri...

Ini Reaksi Netizen Korea Selepas Melihat Kelibat Jennie BLACKPINK Dalam Drama Siri ‘The Idol’

0

Selepas Jisoo membuat debut sebagai pelakon, kini tiba giliran Jennie pula yang menjadi pelakon!

Terbaru, video trailer untuk siri HBO “The Idol” telah ditayangkan di konsert penyanyi popular Kanada iaitu The Weeknd.

Di dalam video trailer tersebut, kelibat seorang gadis itu telah menjadi bualan ramai dan gadis tersebut ialah Jennie BLACKPINK.

1658179092 image

Walaupun hanya muncul untuk beberapa saat sahaja, peminat sudah berasa sangat teruja dan tidak sabar menantikan penampilan pertama Jennie sebagai seorang pelakon.

Terdahulu, ada media yang melaporkan bahawa Jennie memegang watak sebagai gadis biseksual di dalam ‘The Idol’. Namun, peminat tidak kisah tentang watak yang dipegang Jennie. Malah mereka memberi sokongan kepada artis yang berusia 26 tahun itu.

Baca lagi:“Jennie BLACKPINK Dah Jadi Pelakon?!!!”Netizen Teruja Lihat Jennie Dalam Sebuah Drama

Baca lagi:  Apa Yang Menarik Tentang 4 Drama Korea Ini Sehingga Mendapat ‘Rating‘ Yang Tinggi?

1658178986 image

Antara komen yang ditulis netizen Korea termasuklah, “Macam mana saya nak tengok rancangan ini di Korea?”, “Apa, Jennie akan muncul dalam drama (ini)?”, “Saya rasa dia sangat bagus dalam lakonan,” “Tak sabarnya!” dan “Wow, dia akan muncul dalam 6 episod.”

Sementara itu, “The Idol” ialah siri tentang idola pop, yang diterbitkan bersama oleh penyanyi The Weeknd dan pengarah Sam Levinson. Ianya akan turut dibintangi oleh Lily-Rose Depp, Troye Sivan dan ramai lagi.