Home Artis Korea Influencer Terkenal Ditemui Tidak Bernyawa Dalam Kolam, Keadaannya Buat Ramai Terkedu

Influencer Terkenal Ditemui Tidak Bernyawa Dalam Kolam, Keadaannya Buat Ramai Terkedu

0

Baru sahaja dikhabarkan tentang berita di mana seorang influencer yang berasal dari negara Korea dikatakan telah meninggal dunia susulan daripada dibunuh oleh pengamal perubatan yang juga pemilik sebuah hospital perubatan di Kemboja.

Pada awalnya identiti wanita yang ditemui terbabit tidak dikenali kerana ianya dilaporkan oleh media tempatan di sana. Setelah pengecaman dibuat, mangsa berusia lingkungan 30, dan dikenali sebagai Ahyeong yang mempunyai lebih 250 ribu pengikut di media sosial. Dia yang juga seorang Broadcast Journey dari Afreeca Tv ditemui mati di sebuah kolam Phnom Penh.

ahyeong2

Kronologi kes terbabit bermula apabila dia dikatakan pergi melancong di Kemboja bersama seorang kenalannya. Seterusnya dia dikatakan mendapat rawatan di sebuah hospital yang katanya disyorkan oleh sepasang suami isteri dari negara China. Nasib tidak menyebelahi apabila semasa rawatan dijalankan dia dikatakan telah meninggal dunia.

Baca juga : ‘Influencer’ Korea Ini Tak Pernah Tidur, Tak Stress Dan Tiada Skandal Sepanjang Hayat

Pasangan suami isteri terbabit dikatakan telah membuang mayat Ahyeong ke dalam kolam dengan keadaan berselimut. Sehingga kini punca kematian masih belum diketahui dan pihak berkuasa sedang menjalankan siasatan untuk mengetahui punca sebenar kematian Ah Yeong.