Home News “Iklan Ketatkan Vagina Tak Nak Tegur Ke?” Netizen Kecam MAYA Selepas….

“Iklan Ketatkan Vagina Tak Nak Tegur Ke?” Netizen Kecam MAYA Selepas….

0

Kecoh di laman Twitter baru-baru ini apabila Majlis Wanita Islam YADIM (MAYA) dalam satu kenyataan menyelar tindakan sebuah jenama tuala wanita yang didakwa menggunakan gambar seakan-akan kemaluan wanita pada kempen terbitan mereka.

Kenyataan tersebut dikongsi menerusi satu ciapan yang dihantar oleh Timbalan Pengerusi MAYA, Ustazah Asmak Husin. Menerusi kenyataan itu, jenama tuala wanita itu dikatakan menyalah guna gambar alat sulit wanita dalam rekaan grafik kempen berkenaan.

Menerusi kenyataan itu lagi, alat sulit wanita tidak seharusnya dijadikan material kempen kerana ia dilihat sebagai menjatuhkan martabat wanita. Justeru, MAYA mendesak agar jenama tersebut menarik balik kempen yang mempunyai gambar yang dikatakan persis kemaluan wanita seperti yang dimaksudkan itu.

Tidak berapa lama kemudian, jenama tuala wanita berkenaan tampil membuat kenyataan dan menarik balik segala iklan yang mempunyai rekaan dimaksudkan daripada setiap platform.

“Terima kasih atas maklum balas anda. Kami memahami kebimbangan anda dan telah menarik iklan tersebut daripada pelbagai platform iklan. Kami tidak berniat untuk menyinggung perasaan mana-mana wanita atau masyarakat.

“Kami sentiasa menyokong kaum hawa dan niat kami adalah untuk mendorong golongan wanita dalam menyerlahkan potensi dan sisi feminin mereka.

“Sebagai jenama inklusif, kami hargai setiap suara, kami secara aktif berinteraksi dengan ahli komuniti yang menyatakan pandangan mereka dan berkongsi nasihat mereka dengan kami. Kami mendengar dan kami mengambil berat,” ujar kenyataan tersebut.

Bagaimanapun, netizen mempunyai pandangan berbeza mengenai hal ini.

11

“Mana tenaga yang sama apabila pelajar perempuan diraba untuk memastikan mereka datang bulan? Mana tenaga yang sama apabila pelajar perempuan menerima jenaka rogol di sekolah?

“Martabat wanita tidak tergugat dengan motif bunga dan seni,” ujar netizen.

Selain itu, ada yang memberi perbandingan iklan-iklan berunsur lucah yang banyak dipaparkan di papan iklan di seluruh negara.

22

“Iklan besarkan, mantapkan buah dada, ketatkan vagina, ubat untuk besarkan anu guna wanita bertudung jadi model dengan penampilan seksual seperti jelir lidah, jilat bibir, duduk atas katil patah sambil senyum gatal tu ustazah tak nak tegur ke? Tak rasa iklan tu tak menghormati wanita ke?” ujar seorang lagi netizen.

Dalam pada itu, pelakon Sharifah Amani turut memberikan pendapat mengenai situasi berkenaan.

33

“Kempen ini sangat bagus untuk menggalakkan kita menyayangi dan bercakap tentang tubuh badan kita, Sayangnya, ia telah tiada (dipadamkan). Terima kasih kerana menggalak dan memberi ilmu kepada kita tentang keindahan tubuh kita. Jangan berhenti okay? Kami menghargai usaha anda,” tulis Amani di Twitter.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: gempak