Home Entertainment ‘Anak’ Gong Yoo Dalam Train to Busan Kini Sudah Remaja, Dan Kita...

‘Anak’ Gong Yoo Dalam Train to Busan Kini Sudah Remaja, Dan Kita Makin Berusia

0

Sudah lebih lima tahun berlalu sejak filem ‘Train to Busan’ mula ditayangkan dan cepat betul masa berlalu. Namun filem pecah panggung itu masih hangat diperkatakan sehingga kini, termasuk salah seorang pelakon cilik dalam K-Movie berkenaan yang mula menjadi sorotan media.

Masih ingat ‘anak perempuan’ Gong Yoo dalam filem Train to Busan? Namanya Kim Su An dan usianya baru 10 tahun ketika pegang watak tersebut.

unnamed 2

Anak seni ini telah tampil dalam banyak produksi filem seperti The Battleship Island, Along with the Gods: The Two Worlds, Mom termasuk Train to Busan namun peranannya dalam filem thriller zombie pada tahun 2016 itu yang benar-benar melonjak statusnya sebagai seorang bintang.

Kini pelakon kanak-kanak itu telah tumbuh sebagai seorang gadis remaja!

unnamed 1 1

Aktres berkenaan mencantumkan gambarnya semasa kanak-kanak dengan gambar profil terbarunya untuk label Blossom Entertainment. Transformasi ini sudah pastinya akan menguja dan mengejut penonton filem zombie naik kereta api itu.

Semoga Kim Su An yang kini berusia 15 tahun ini terus sukses dan melakar pelbagai pencapaian sebagai anak seni di bawah naungan Blossom Entertainment.

Sumber: Koreaboo