Home Kdrama/Kmovie ‘Iblis’ Sebenar dalam My Demon adalah Noh Suk Min, Kejahatan Tiada Taranya

‘Iblis’ Sebenar dalam My Demon adalah Noh Suk Min, Kejahatan Tiada Taranya

0

Noh Suk Min (Kim Tae Hoon) merupakan watak antagonis utama dalam drama My Demon. Dia adalah anak lelaki sebuah keluarga chaebol yang kaya raya. Namun status dan kekayaan keluarganya membuatkan dia lupa diri dan melakukan banyak kejahatan.

Melihat kepada kejahatan dan kekejamannya, Noh Suk Min memang patut digelar sebagai iblis sebenar, lebih jahat dari Jeong Gu Won (Song Kang) yang merupakan ‘demon’ dalam cerita ini.

Baca juga: 9 Fakta Watak Song Kang dalam My Demon, Jadi Iblis Bergaya dan Tiada Belas Kasihan

Berikut ini adalah lima bukti yang menunjukkan bahawa Noh Suk Min lebih kejam dan tidak berperikemanusiaa dan perangai jahatnya sama seperti iblis dalam drama My Demon.

Peringatan, artikel ini mengandung spoiler.

 

1. Berpura-pura baik untuk melindungi kejahatannya

063f66b7 3eae 4815 a7b9 44f0b69fbebaNoh Suk Min membina imej sebagai seorang lelaki chaebol yang baik hati, tambahan pula jika berada di hadapan media dan orang ramai. Dia berpura-pura menunjukkan sisi yang ramah dan and wajah yang dihiasi senyuman palsu, semuanya adalah pura-pura belaka. Dia licik menyembunyikan kejahatannya.

 

2. Dia memperalatkan lelaki psikopat untuk melaksanakan rancangan jahatnya

fca598f1 7140 429e 857a ed38202ef93eSewaktu dipenjarakan kerana kes langgar lari, Noh Suk Min mengenali seorang lelaki psikopat. Dengan duit dan kuasanya, dia membebaskan lelaki kejam tersebut dan menjadikannya sebagai orang kanan yang melaksanakan segala kejahatan bagi pihaknya. Dia mengarahkan lelaki psikopat tersebut membunuh orang-orang yang menghalang cita-citanya.

 

3. Sanggup membunuh ibu kandungnya sendiri

e6e26f46 35f6 4e03 b09b bf7de4c6a6c1Dosa paling besar yang dilakukan oleh Noh Suk Min adalah membunuh ibu kandungnya sendiri iaitu Ju Cheon Suk (Kim Hae Sook). Dia sanggup membunuh wanita yang melahirkannya itu hanya kerana harta dan kekayaan. Dia juga menyimpan dendam baginya, ibunya itu tidak membelanya dan membiarkannya dihukum penjara.

 

4. Dia menyekaa isteri dan anak lelakinya

81783778 0606 4acb 8a56 88e00e62df67

Dimata masyarakat, Noh Suk Min adalah seorang bapa dan suami yang penyayang dan sempurna, sedangkan sebenarnya dia adalah seorang ketua keluarga yang sangat kejam. Dalam diam dia menyeksa isteri dan anak lelakinya. Dia menggunakan plat besi panas untuk mencederakan tangan isteri dan anaknya. Kecederaan kesan melecur tersebut tidak kelihatan dari luar sehingga tidak ada sesiapa yang dapat menghidu perbuatannya.

 

5. Dia memaksa anaknya sendiri mengaku sebagai penjahat yang melakukan jenayah

My demonUntuk mencuci tangan dari segala kejahatannya, Noh Suk Min mengorbankan anaknya, Noh Do Gyeong (Kang Seung Ho). Dia memaksa anaknya mengambil tanggung jawab atas segala jenayah pembunuhan yang dia lakukan. Dia membiarkan anak tunggalnya itu meninggal dunia demi untuk mempertahankan jawatannya di Mirae Group.

Noh Suk Min tidak pernah menyesali segala kejahatan yang dilakukannya. Dia sanggup membunuh diri dari menerima hukuman. Oleh kerana jasadnya belum ditemui di episod 14, terdapat teori bahawa Noh Suk Min berubah menjadi iblis seperti Jeong Gu Won. Anda rasa bagaimana? Jangan lupa menonton ya!

Baca lagi: 5 Kejutan dalam My Demon yang Bakal Tamat Tidak Lama Lagi, Buat Penonton Tercengang
Baca juga: 5 Teka-teki Drama My Demon, Menuju Klimaks Yang Semakin Mencemaskan