Home Artis Korea 5 Kdrama Popular 2021-2023 Lakonan Na In Woo, Memikat Hati

5 Kdrama Popular 2021-2023 Lakonan Na In Woo, Memikat Hati

0

Nama Na In Woo kini begitu sedang popular dan menjadi bualan ramai kerana kehangatan drama MARRY MY HUSBAND. Namun, selain drama itu, Na In Woo sebenarnya sudah banyak berlakon dalam pelbagai drama popular lain.

Dengan bakat lakonannya yang luar biasa, Na In Woo telah berjaya memukau penonton melalui beberapa buah drama sebelum ini.

Sepanjang tahun 2021 hingga 2023, pelakon berbakat besar ini telah terlibat dalam 5 buah drama Korea yang boleh dikatakan berjaya meraih populariti dan kejayaan besar.

 

1. LONGING FOR YOU (2023)

3a3742da 892a 484c a97d e0e3b3a5ad25Drama ini mengisahkan tentang kes pembunuhan misteri yang melibatkan adik seorang detektif yang sebelum ini telah dipersalahkan dengan tuduhan palsu. Namun, selepas dibebaskan, adiknya menjadi mangsa.

https://youtu.be/gLv7ksCs9Nk?si=qiPE7hlKRj6DA_t_

Abangnya, detektif Jin Seong, berusaha mencari kebenaran disebalik kes tersebut, namun dia menemui kebenaran yang tidak terjangka berkaitan dengan keluarganya sendiri. Dengan pelbagai permainan kotor dan konspirasi, rahsia terungkai satu persatu, sementara suasana tegang dan ketakutan semakin memuncak.

 

2. JINXED AT FIRST (2022)

887b4bed 8ab6 4db2 9814 90288584adbfDrama ini mengisahkan tentang Lee Seul Bi, yang telah lama dikurung di dalam rumah oleh ibunya untuk menyembunyikan kuasa sebenarnya. Namun, segala-galanya berubah apabila Gong Soo Kwang berjaya membebaskannya.

Seul Bi melarikan diri dan tinggal bersama Gong Soo Kwang. Namun, dia secara tidak sengaja melihat masa depan yang menimpa lelaki tersebut. Walau kebolehan Seul Bi kadang kala membuatkan hidup Gong Soo Kwang menjadi lebih baik, namun perkara ini juga membawanya ke dalam konflik yang sangat berbahaya.

 

3. CLEANING UP (2022)

fcc84698 eac4 491a 8a8b a9e8310cf696

Drama yang dibintangi oleh Na In Woo ini mengisahkan tentang tiga orang wanita yang bekerja sebagai tukang cuci di sebuah syarikat. Mereka mempunyai latar belakang dan masalah yang berbeza-beza, kehidupan mereka berubah apabila mereka secara tidak sengaja mendengar maklumat tentang perdagangan saham.

Dengan keberanian dan kebijaksanaan mereka, wanita-wanita ini mencari kebenaran dan rahsia syarikat. Konflik dan ketegangan mula timbul apabila mereka berusaha menghadapi segala rintangan untuk membongkar kejahatan dalam dunia perniagaan dan pelaburan.

 

4. HER BUCKET LIST (2021)

4a76c80c 1794 4682 abb6 563362626a2bDrama lakonan Na In Woo ini mengisahkan tentang Kang Hansol, seorang bakal bintang idola yang berbakat, namun dia mengalami ketakutan untuk berada di atas pentas yang mengganggu kerjayanya. Ra Ri pula perlu berada dalam kesedihan selepas kematian kekasihnya. Dia ingin memenuhi impian kelasihnya dan bertemu dengan Kang Hansol secara tidak sengaja.

Hansol membantu menunaikan setiap impiannya. Pertemuan mereka membawa kepada kisah yang tidak dijangka. Walau mereka mempunyai beban dan masalah masing-masing. Namun, Ra Ri dan Kang Hansol menemui sokongan serta penyembuhan hati masing-masing dalam hubungan rapat mereka.

 

5. RIVER WHERE THE MOON RISES (2021)

Na in wooDrama ini mengisahkan tentang Pyeong Gang, seorang puteri yang bercita-cita tinggi, nemasang impian untuk menjadi Permaisuri Goguryeo pertama. Walau bijak dan kepala angin, takdirnya berubah apabila bertemu dengan On Dal.

Puteri yang berhati keras ini menemui cinta dalam diri pemuda lembut pekerti tersebut. Sewaktu orang-orang politik saling bersaing, Pyeong Gang terpaksa menghadapi kuasa dan perlu licik untuk merebut takhta.

Namun, cinta dan kuasa ini menimbulkan konflik, menguji kesetiaannya pada prinsip-prinsip yang dipegangnya sebelum ini. Dalam perjuangannya, adakah Pyeong Gang akan mencapai tujuannya?

Demikian sahaja beberapa buah kdrama popular yang dibintangi oleh Na In Woo paling sepanjang tahun 2021 hingga 2023 yang boleh anda tonton.

Baca lagi: Knetz Boikot Marry My Husband? Park Min Young Sudah Naik Bosan Dituduh Menerima Duit Dari Bekas Teman Lelakinya
Baca juga: Na In Woo Digandingkan Dengan Park Min Young Dalam Drama Baharu “Marry My Husband”