Pada siaran 5 Januari ‘Entertainment Live’ KBS2, bintang Hwang Jung Min, Kang Ki Young, dan Hyun Bin mengadakan temu bual sempena tayangan perdana filem baharu ‘Bargain’.

Pada hari tersebut, Hyun Bin diminta untuk berkongsi beberapa berita baik dengan penonton. Dia berkata, “Filem terbaru saya, ‘Confidential Assignment 2’, mendapat hasil yang hebat.”

Bargaining' starring Hwang Jung-min, Hyun Bin to open in theaters in January

Bagaimanapun, dia kemudian menambah, “Tetapi saya fikir anda mungkin bercakap tentang berita baik lain dalam kehidupan peribadi saya. Saya kini mempunyai bayi.”

Seterusnya, penemuduga bertanya, “Adakah bayi itu lebih menyerupai ibunya atau bapanya?”

Untuk ini, Hyun Bin menjawab, “Saya belum pasti lagi. Buat masa sekarang dia ada iras kedua-duanya. Tetapi saya dengar daripada ramai orang di sekeliling saya yang muka bayi itu akan berubah apabila dia membesar, jadi saya pun nak tahu sangat, nanti dia akan ikut muka siapa.”

Ella Bella 🌼 on Twitter: "Remember when GMA thought son ye jin's baby pic  is hyun bin? I knew you were meant to be 🥰 https://t.co/NtmVRsNXea" /  Twitter

Sementara itu, ‘Bargain’ lakonan terbaru Hyun Bin akan ditayangkan pada 18 Januari ini.

Baca lagi: ‘Jungkook Dating Dengan Teman Wanita Di Lokasi Sama V Dan Jennie?’ Ini Komen ARMY

Baca lagi: Pelawak Oh Na Mi Menangis Selepas Yoo Jae Suk Hadir Ke Majlis Perkahwinannya Walaupun Tidak Dijemput

Sumber: [1]

Previous article‘Jungkook Dating Dengan Teman Wanita Di Lokasi Sama V Dan Jennie?’ Ini Komen ARMY
Next articleDavichi Minkyung Dikecam Teruk Kerana Cari Pekerja Yang Berpengalaman Tapi Gaji Ciput