Home Entertainment Davichi Minkyung Dikecam Teruk Kerana Cari Pekerja Yang Berpengalaman Tapi Gaji Ciput

Davichi Minkyung Dikecam Teruk Kerana Cari Pekerja Yang Berpengalaman Tapi Gaji Ciput

0

Pada 5 Januari, ahli Davichi Kang Minkyung telah menghebahkan satu posting tawaran kerja untuk kerja perkhidmatan pelanggan kontrak tiga bulan untuk syarikat pakaiannya Avie Muah di story Instagram peribadinya.

Antara syarat tawaran itu ialah seorang yang mempunyai ijazah dengan pengalaman tiga hingga tujuh tahun. Walau bagaimanapun, gaji tahunan diiklankan sebanyak 25 juta KRW (lebih kurang RM86.4k).

1672926025 img 20230105205931 e88faa24

Melihat kepada gaji minimum setiap jam pada tahun 2023 iaitu sebanyak 9,620 KRW (lebih kurang RM33), jumlah ini terlalu rendah untuk seseorang yang berpengalaman.

Mengenai perkara ini, Minkyung segera menyiarkan penjelasan di akaun Instagramnya:

Baca lagi: Hyun Bin Ditanya Sama Ada Anaknya Kelihatan Seperti Dia Atau Son Ye Jin, Ini Jawapan Hyun Bin

Baca lagi: Peminat Terkejut Lihat Wajah Kang Min Kyung Selepas Pembedahan Plastik, Nampak Tua!

1672926051 img 20230105211913 4f8cc31e

“Saya terkejut melihat begitu banyak DM sehingga saya terpaksa mengesahkan semula posting saya itu.

Orang yang bertanggungjawab untuk jawatan ini telah tersilap menulis gaji tahunan bagi graduan baru dan bukanlah gaji tahunan untuk jawatan perkhidmatan pelanggan (berpengalaman) ini.”

Beliau juga menambah, “Avie Muah juga menjalankan proses pengambilan kerja dengan mengambil kira kerjaya dan gaji sebelumnya. Kami berharap dapat berkerjasama dengan anda.”

Sumber: [1]