Home Entertainment Pelawak Oh Na Mi Menangis Selepas Yoo Jae Suk Hadir Ke Majlis...

Pelawak Oh Na Mi Menangis Selepas Yoo Jae Suk Hadir Ke Majlis Perkahwinannya Walaupun Tidak Dijemput

0

Pelawak Oh Na Mi sebak selepas melihat Yoo Jae Suk hadir ke majlis perkahwinannya walaupun tidak menerima jemputan daripadanya.

Pada siaran 2 Januari KST program realiti TV Chosun ‘Chosun’s Lovers’, adegan majlis perkahwinan pelawak Oh Na Mi dan suaminya Park Min telah didedahkan kepada penonton.

Comedian Oh Na Mi Announces She Is Getting Married, Reveals Beautiful  Engagement Photos - Koreaboo

Comedian Oh Na Mi Announces She Is Getting Married, Reveals Beautiful  Engagement Photos - Koreaboo

Pada hari tersebut, Oh Na Mi tiba-tiba menangis dan sekaligus telah membingungkan rakan-rakannya. Punca yang menyebabkan Oh Na Mi tiba-tiba menangis adalah kerasna disebabkan oleh seseorang yang dilihatnya dari jauh.

Orang itu ialah Yoo Jae Suk. Dia telah hadir ke majlis perkahwinan Oh Na Mi untuk mengucapkan tahniah kepadanya, walaupun tidak dijemput Oh Na Mi.

Yoo Jae Suk ialah MC negara yang disegani dan boleh difahami mempunyai jadual yang sangat padat. Mengetahui perkara ini, Oh Na Mi menjelaskan bahawa dia teragak-agak untuk menjemputnya kerana tidak mahu membebankannya dengan acara peribadinya.

Bagaimanapun, Oh Na Mi amat tersentuh dengan kehadiran Yoo Jae Suk.

Baca lagi: “BLACKPINK Pula Tukar Agensi”- Ada Udang Di Sebalik Batu YG Buat Sedemikian

Baca lagi: Song Hye Kyo Taknak Kalah Dengan Song Joong Ki, Buktikan Drama Terbarunya Lebih Baik Dari ‘Reborn Rich’

Yoo Jae Suk to host a new dating reality show | allkpop

Sumber: [1]