Home Entertainment “BLACKPINK Pula Tukar Agensi”- Ada Udang Di Sebalik Batu YG Buat Sedemikian

“BLACKPINK Pula Tukar Agensi”- Ada Udang Di Sebalik Batu YG Buat Sedemikian

0

BLACKPINK dilaporkan akan meninggalkan YG Entertainment untuk memilih label anak syarikat THE BLACK LABEL.

Menurut KpopHerald ( subdivisi K-Pop outlet media The Korea Herald ), BLACKPINK akan meninggalkan YG Entertainment dan menukar label pengurusan mereka menjadi THE BLACK LABEL, yang merupakan syarikat bersekutu di bawah YG Entertainment.

BLACK LABEL  dulu merupakan anak syarikat YG Entertainment, yang bermaksud bahawa YG Entertainment menguasai lebih dari 50 peratus BLACK LABEL. Namun, sejak November 2020, THE BLACK LABEL telah menjadi syarikat bersekutu di bawah YG Entertainment. Syarikat bersekutu bermaksud syarikat induk ( YG Entertainment ) mengawal antara 20-50 peratus syarikat.

Blackpink - Wikipedia

Seorang pegawai YG Entertainment telah memberitahu KpopHerald bahawa mereka tidak dapat mengesahkan berita itu, tetapi anggota BLACKPINK masih mempunyai masa yang tersisa dalam kontrak mereka.

“Saya tidak dapat mengesahkan berita itu, tetapi kontrak kami dengan ahli belum berakhir. Sukar untuk mengesahkan sama ada mereka akan menandatangani kontrak dengan The Black Label atau tidak setelah kontrak mereka berakhir.”

—YG Entertainment

Baca Juga: “Artis-Artis Ini Tidak Patut Digantung”- KBS Dikecam K-Netizen Kerana Tindakan Yang Tidak Adil

Baca Juga: Peminat Tak Henti-Henti Memuji Interaksi Comel SNSD Yoona Dan BTS V