Home Artis Korea Hubungan Kandas Ditengah Jalan Selepas Umumkan Pada Orang Ramai, Nasib Sedih 7...

Hubungan Kandas Ditengah Jalan Selepas Umumkan Pada Orang Ramai, Nasib Sedih 7 Pasangan Artis Korea

0

Hubungan cinta antara pasangan artis Korea Han So Hee dan Ryu Jun Yeol semakin menjadi perbincangan hangat netizen. Terutamanya selepas mereka dikhabarkan putus cinta 30 Mac 2024 yang lalu, selepas dua minggu membuat pengumuman bahawa mereka adalah sepasang kekasih.

Bukan hubungan So Hee dan Jun Yeol sahaja yang berakhir selepas mereka mendedahkan hubungan mereka, terbaru ada pasangan artis Korea Karina Aespa dan Lee Jae Wook. Dan terdapat beberapa pasangan artis Korea lain yang pernah putus, tidak lama selepas mengumumkan hubungan istimewa mereka pada orang ramai. Siapakah mereka?

 

1. Nam Joo Hyuk dan Lee Sung Kyung

Pasangan artis koreaPasangan artis Korea yang pertama ialah Nam Joo Hyuk dan Lee Sung Kyung, mereka bercinta selepas drama kolaborasi mereka Weightlifting Fairy Kim Bok Joo berakhir. Agensi mengesahkan bahawa mereka bercinta pada April 2017. Tidak lama selepas itu, tepatnya pada bulan Ogos 2017, Joo Hyuk dan Sung Kyung dikhabarkan putus. Agensi tidak pernah memberi keterangan berkenaan alasan mereka putus. Namun, pelakon Start Up (2020) itu dan pelakon wanita Call It Love (2023) itu merupakan kawan lama sejak berlakon bersama dalam Cheese in the Trap (2016).

 

2. Zico and Seolhyun eks AOA

4e0b002d 9897 45b6 80d3 36bb1b9bd9b7Pada 10 Ogos 2016, Dispatch mengumumkan bahawa pasangan artis Korea Seolhyun AOA dan Zico sedang bercinta. Perkara tersebut dibuktikan dengan gambar yang diambil pada Mei 2016, dimana mereka berada di dalam kereta milik Zico untuk pergi meluangkan masa di Sungai Han. Berbagai-bagai sumber mengungkapkan bahawa mereka telah bercinta selama 5 bulan. Namun, sebulan selepas hubungan mereka didedahkan, Zico dan Seolhyun dikhabarkan putus.

 

3. Jisoo BLACKPINK dan Ahn Bo Hyun

4def28db 859d 45ab 8090 6e8990451118Orang ramai terkejut dengan berita pasangan artis Korea Jisoo BLACKPINK dan Ahn Bo Hyun menjalin hubungan cinta pada Ogos 2023. Selepas mengumumkan hubungan istimewa mereka, Jisoo dan Bo Hyun bahagia mempamerkan status mereka. Perkara itu terbukti apabila Bo Hyun seringkali mengunjungi rumah Jisoo walau jadualnya padat dan sangat sibuk.
Namun, sayangnya hubungan tersebut tidak bertahan lama selepas dihebahkan kerana pada 24 Oktober 2023, Jisoo dan pelakon My Name (2021) itu memutuskan untuk mengakhiri hubungan mereka.

 

4. Jennie BLACKPINK dan V BTS

caf098b2 b3d4 4d50 93eb b70b6ced694fGosip tentang hubungan cinta antara pasangan artis Korea Jennie BLACKPINK dan V BTS memang sangat heboh dan menjadi perbincangan hangat. Mereka telah diterpa gosip tersebut sejak pertengahan tahun 2022. Desas-desus tersebut dimulakan dengan gambar dua orang yang ‘mirip’ dengan mereka yang sedang bercuti bersama di Pulau Jeju. Berita percintaan mereka semakin kuat pada November 2023.

Tepatnya selepas seorang juru gambar, Amar Taoulite, berkongsi video yang mirip dengan Jennie dan V yang sedang bermesra di Paris. Sebulan selepas video jalan-jalan di Paris itu tersebar, JTBC menyatakan bahawa mereka telah putus. Sementara itu, baik Jennie atau V tidak pernah membantah ataupun mengesahkan gosip tersebut.

Baca juga: 5 Pasangan Artis Korea Ini Dituduh Melakukan Hubungan Sejenis

5. Yubin Wonder Girl’s dan Kwon Soon Woo

0f928655 db9f 4e08 ba08 3fa6ae0d7616Pada Mei 2023, Yubin bekas anggota Wonder Girl’s mengumumkan bahawa dia bercinta dengan pemain tenis, Kwon Soon Woo. Sejak pendedahan itu, mereka terus mempamerkan kemesraan di media sosial. Namun, pada Oktober 2023, muncul dakwaan bahawa hubungan Yubin dan Soon Woo telah berakhir.
Berita mereka putus muncul seminggu selepas sikap kontroversi Soon Woo selepas kalah di Asian Games ke-19. Menurut laporan, Son Woo menghancurkan raketnya dan menolak untuk berjabat tangan selepas pertandingan.

 

6. Han So Hee dan Ryu Jun Yeol

66031ca0 51ff 430f b9f6 1b017a583612Hubungan Han So Hee dan Ryu Jun Yeol masih menjadi sorotan ramai hingga kini. Pada 30 Mac 2023, Han So Hee dan agensi Jun Yeol mengesahkan bahawa mereka telah putus. Pengumuman itu diikuti dengan curahan hati So Hee yang merasa kesal kerana Ryu Jun Yeol hanya berdiam diri di tengah-tengah kontroversi hubungan mereka.

Baca juga: Kerjaya Karina aespa Mungkin Terjejas Kerana Hubungan Cintanya, Saham SM Entertainment Menurun

7. Karina Aespa dan Lee Jae Wook

Korea

Ahli Aespa Karina dan pelakon Lee Jae Wook secara rasmi berpisah pada 2 April 2024. Pasangab itu, yang hubungannya mencetuskan kontroversi, memutuskan untuk berpisah setelah lima minggu hubungan mereka didedahkan kepada umum. Menurut laporan eksklusif oleh Tenasia, punca perpisahan adalah disebabkan tekanan mental yang disebabkan oleh komen kebencian para warganet yang tidak menyukai hubungan mereka.

Baca lagi: Song Ha Yoon Dituduh Sebagai Kaki Buli Semasa di Sekolah, Cetus Kontroversi
Baca juga: The Escape of The Seven: Resurrection Semakin Sengit, Permulaan Plot Dendam Min Do Hyuk