Home Artis Korea Song Ha Yoon Dituduh Sebagai Kaki Buli Semasa di Sekolah, Cetus Kontroversi

Song Ha Yoon Dituduh Sebagai Kaki Buli Semasa di Sekolah, Cetus Kontroversi

0

Baru-baru ini, Song Ha Yoon dituduh pernah menjadi kaki buli semasa di bangku sekolah!

Berita mengejutkan ini mencetuskan kontroversi dan makin panas di media Korea Selatan selepas ada seseorang muncul dan mengaku bahawa dia adalah mangsa buli Song Ha Yoon.

IMG 1174

Berita buruk dan kes buli yang mencemarkan nama pelakon drama viral Marry My Husband ini telah menyebabkan pihak agensi Song Ha Yoon iaitu King Kong Entertainment mengeluarkan kenyataan.

Berikut dibawah ini adalah kronologi Song Ha Yoon dituduh sebagai kaki buli oleh si mangsa.

 

1. Gambar Song Ha Yoon dengan wajah dikaburkan muncul di ruangan berita dan laporan

Song ha yoonPada Isnin, 1 April 2024, JTBC melaporkan bahawa kes buli pernah dilakukan oleh salah seorang pelakon wanita popular Korea yang dikenali sebagai ‘S’. Dalam berita yang disiarkan itu, terpapar sekeping gambar pelakon wanita yang disyaki sebagai kaki buli dengan wajahnya yang dikaburkan sedang melakukan mirror selfie.

Selepas disiasat, gambar tersebut merujuk kepada Song Ha Yoon. Gambar yang tidak dikaburkan jelas dapat dilihat di laman akaun Instagram peribadi artis itu yang dikongsikan pada 12 Mac 2024.

 

2. Kronologi menurut mangsa buli

62e746b8 daf3 4207 914a 655be0676ec2Menurut mangsa buli tersebut, kejadian buli itu terjadi ketika dia masih di bangku sekolah menengah. Dia mengenali pelakon ‘S’ semasa dia berada di tingkatan 2, sementara itu pelakon ‘S’ merupakan seniornya di tingkatan 3. Mangsa buli itu mendakwa bahawa pelakon ‘S’ memanggilnya untuk datang ke taman permainan berhampiran sebuah apartment.

Apabila mangsa buli sampai, pelakon ‘S’ dikatakan terus memukulnya tanpa diketahui sebab dan alasan. Bahkan kaki buli itu dilaporkan menampar mangsa secara terus menerus selama 90 minit.

 

3. Agensi membantah dakwaan bahawa Song Ha Yoon adalah kaki buli

0d95b80c 9202 4199 a57f 6612ebb6f8e5Sejak berita ini dilaporkan, banyak kritikan yang ditujukan kepada Song Ha Yoon melalui media sosial. King Kong Entertainment selaku agensi nampaknya tidak berdiam diri tentang kes ini. Pihak agensi menyatakan bahawa mereka sudah berusaha untuk berkomunikasi dengan mangsa yang membuat tuduhan tersebut. Namun, mereka tidak mendapat respon yang positif. Oleh sebab itu, agensi menyangkal dakwaan bahawa Song Ha Yoon adalah kaki buli,

“Kami menghantar pesanan ringkas untuk meminta bertemu supaya kami dapat menyiasat tuduhan tersebut, namun pengadu yang mendakwa dia adalah mangsa buli menolak tawaran untuk berjumpa. Kemudian kami meminta untuk bercakap melalui telefon, namun belum mendapat sebarang jawapan. Selepas berbincang dengan artis kami, kami dapat mengesahkan bahawa mereka tidak pernah bertemu dan tuduhan tersebut langsung tidak berasas,” tulis King Kong Entertainment.

Walau pihak agensi telah mengeluarkan kenyataan, masih ramai warganet yang masih membahaskan isu ini. Mereka meminta supaya kes ini benar-benar diselesaikan sepenuhnya.

Baca lagi: Kim Soo Hyun Dieksploitasi Oleh 2 Ahli Keluarganya, Diberi Tekanan Oleh Bekas Teman Wanita
Baca juga: Lagi-lagi Kim Hieora, 5 Tuduhan Kes Buli dan Mencuri, Mengejutkan