Home Kdrama/Kmovie Drama Korea Honey Lee dalam “Aema” 22 Ogos Ini, Perjuangan dan Pahit Getir Melawan...

Honey Lee dalam “Aema” 22 Ogos Ini, Perjuangan dan Pahit Getir Melawan Lelaki Yang Mengeksploitasi Wanita

0

Siri pendek 6 episod Origina Netflix “AEMA” ini berlatarkan tahun 1980-an di sepanjang jalan Chungmuro, Seoul, yang merupakan pusat industri filem Korea.

Jung Hee Ran (Honey Lee) ialah seorang pelakon terkenal yang menguasai industri perfileman Korea. Dia memenangi anugerah Pelakon Wanita Terbaik di acara filem antarabangsa dan kemudian dipilih untuk memainkan watak utama dalam filem “Madame Aema,” yang akan diterbitkan oleh rumah produksi Gu Jung Ho (Jin Sun Kyu).

Aema

Bagaimanapun, Jung Hee Ran dengan tegas menolak tawaran itu, menyatakan bahawa dia tidak akan lagi mengambil peranan provokatif. Dia berang kerana skrip “Madame Aema” penuh dengan adegan eksplisit dan berulang kali menggunakan perkataan “payudara.”

Jung Hee Ran juga dengan berani mengisytiharkan boikot terhadap Gu Jung Ho, tetapi terpaksa muncul dalam filem “Madame Aema” kerana kontraknya. Sebagai tindak balas, Gu Jung Ho hanya memberikan watak peranan sokongan kepada Jung Hee Ran.

IMG 5939 IMG 5932

Lelaki itu melakukan apa sahaja untuk terus hidup dalam industri filem Korea. Gu Jung Ho akhirnya mengadakan uji bakat berskala besar untuk mencari watak Aema dan memilih seorang penari kelab malam, Shin Joo Ae (Bang Hyo Rin), yang berani dan menawan.

IMG 5941

IMG 5938Walaupun ada kelebihan dari segi elemen komedinya, drama Original Netflix Korea “AEMA” ini, menggambarkan realiti pahit di sebalik kemewahan dan glamor industri filem Korea. Ia juga menggambarkan bagaimana Honey Lee dan Bang Hyo Rin enggan tunduk kepada lelaki yang mengeksploitasi wanita, bersatu dan melawan dengan cara mereka sendiri.

IMG 5937 IMG 5936

Berhati-hati jika anda mempunyai keluarga bawah umur ya! Kerana siri “AEMA” ini “RATED R” dengan kandungan keganasan, seks, kebogelan, bahasa lucah, bahan dewasa.

Baca lagi: Ulasan Permulaan Episod “My Troublesome Star”, 6 Konflik dan Misteri Kehilangan Im Se Ra
Baca juga: 5 Drama Korea Undang-undang yang Sarat Emosi, Strategi dan Kisah Kemanusiaan di Netflix