Home Kdrama/Kmovie Drama Korea 5 Drama Korea Undang-undang yang Sarat Emosi, Strategi dan Kisah Kemanusiaan di...

5 Drama Korea Undang-undang yang Sarat Emosi, Strategi dan Kisah Kemanusiaan di Netflix

0

Dunia undang-undang sering dikaitkan dengan ketegangan dan strategi yang rumit, dan semua itu diolah dengan baik dalam deretan drama Korea bertema undang-undang.

Bukan sekadar menampilkan perbicaraan sengit dan persaingan antara peguam, genre ini turut mengangkat sisi kemanusiaan yang sering terlepas daripada perhatian.

Bagi anda yang gemar menonton jalan cerita penuh kejutan, berikut adalah 5 drama Korea bertema undang-undang terbaik yang boleh anda saksikan di Netflix. Salah satunya ialah “Beyond the Bar”, sebuah drama Korea terbaharu yang wajar dimasukkan dalam senarai tontonan anda.

1. Beyond the Bar

Drama korea

Drama Korea ini mengikuti kehidupan Yoon Seok Hun, rakan kongsi serta ketua pasukan litigasi di firma guaman Yullim. Terkenal sebagai peguam genius yang tidak mengenal kompromi, Seok Hun mampu menundukkan lawannya dengan logik tajam dan strategi kreatif. Namun di sebalik reputasinya yang cemerlang, dia seorang yang dingin dan perfeksionis.

Kehidupan Seok Hun berubah apabila dia perlu bekerjasama dengan Kang Hyo Min, seorang peguam muda yang baru menyertai pasukannya. Walaupun sifatnya canggung, Hyo Min memiliki tekad dan keberanian yang luar biasa.

Perbezaan personaliti mereka kerap mencetuskan pertentangan, namun daripada konflik itulah bermula proses pembelajaran yang membantu Hyo Min berkembang menjadi peguam sebenar. Bersama rakan sepasukan lain, Lee Jin Woo, Heo Min Jung, Kim Yul Sung dan Kwon Na Yeon, pasukan litigasi Yullim berdepan pelbagai kes berisiko tinggi.

2. Oh My Ghost Clients

9978ee23 c27e 4629 8fb0 3dd479818377

Menggabungkan unsur undang-undang dan dunia ghaib, drama Korea ini mengisahkan No Mu Jin, seorang peguam tenaga kerja yang hidup serba sederhana.

Ketika menyiasat pelanggaran di sebuah kawasan perindustrian, dia mengalami kemalangan dan membuat perjanjian dengan makhluk misteri demi kelangsungan hidup. Akibatnya, Mu Jin mula dapat melihat roh pekerja yang meninggal secara tidak adil.

Bersama dua rakannya, mereka membentuk Pasukan Mujins untuk menyiasat kes-kes penindasan tenaga kerja yang penuh tipu daya.

3. Extraordinary Attorney Woo

d87cdd95 5114 4fc7 9e4d 742c87fcbd96

Drama Korea ini memberi tumpuan kepada perjuangan Woo Young Woo, peguam muda dalam spektrum autisme yang bekerja di firma guaman ternama, Hanbada.

Dengan IQ yang tinggi dan memori fotografik, Young Woo membuktikan bahawa keterbatasan sosialnya tidak menghalang kecemerlangannya dalam mengendalikan kes-kes undang-undang yang kompleks.

Dia berdepan pelbagai prasangka daripada rakan sekerja, namun bertekad untuk membuktikan bahawa kejayaan boleh diraih tanpa mengorbankan jati diri.

4. Vincenzo

a527dc27 172c 4eca 861a e7e435fdd70b

Park Joo Hyeong, atau dikenali sebagai Vincenzo Cassano, pulang ke Korea selepas bertahun-tahun bekerja sebagai penasihat Mafia di Itali.

Kepulangannya membawa misi membalas dendam terhadap sebuah konglomerat jahat. Dia bergabung dengan Hong Cha Young, seorang peguam berani yang tidak teragak-agak menggunakan helah licik demi kemenangan.

Dengan gabungan aksi, drama undang-undang dan sentuhan humor, Vincenzo menunjukkan bahawa keadilan kadangkala memerlukan cara yang luar daripada kebiasaan.

5. The Devil Judge

7e16696d 0dd8 4eca ae8f ab500d22274a

Dalam suasana distopia Korea Selatan yang kucar-kacir dan hilang kepercayaan terhadap sistem undang-undang, muncul Kang Yo Han,  hakim karismatik yang digelar hakim iblis.

Yo Han menegakkan undang-undang dengan cara yang luar biasa, dingin dan tanpa kompromi. Namun di sebalik ketegasannya, tersimpan misteri yang menjadikannya sukar dijangka.

Kedudukannya dicabar oleh Jung Sun Ah, wanita pintar dan bercita-cita tinggi yang mengawal ramai tokoh berpengaruh. Sebagai pengarah eksekutif sebuah yayasan sosial, dia mampu memanipulasi keadaan politik dan menjadi lawan setara bagi Yo Han.

Sementara itu, Kim Ga On, hakim muda idealis yang menyertai pasukan Yo Han, menjadi saksi kepada dilema moral yang membingungkan. Dibesar dalam kesempitan, Ga On ingin membawa perubahan. Namun semakin lama dia berada di sisi Yo Han, semakin dia terjerat dalam pertentangan antara kebenaran dan manipulasi.

Itulah 5 drama Korea bertema undang-undang terbaik yang boleh anda tonton di Netflix. Selamat menonton!

Baca lagi: 7 Drama Korea Baharu Tentang Dunia Jenayah dan Perniagaan Haram Tahun 2025
Baca juga: Beyond the Bar, Peguam ‘Kucing dan Anjing’ Bergabung Selesaikan Kes yang Menyentuh Hati