Home K - Pop Han Stray Kids, Rapper Yang Pernah Tinggal di Malaysia

Han Stray Kids, Rapper Yang Pernah Tinggal di Malaysia

0

Han Ji-sung atau lebih mesra disapa Han Stray Kids merupakan antara member yang paling aktif terlibat dalam pembikinan lagu Stray Kids seperti dalam Hellevator, District 9, Mirror, My Pace, I am YOU, Get Cool, MIROH, dan banyak lagi.

4 4

Pemuzik muda ini lahir di Incheon pada 14 September 2000. Sebelum ini dia pernah tinggal di Malaysia pada sekitar usia 8 tahun kerana pekerjaan bapanya.

Dia menetap di Ampang Jaya selama beberapa tahun dan bersekolah di Fairview International School. Seterusnya dia pernah ke Jepun mengikuti perjalanan bisnes bapanya.

Baca lagi: Artis K-Pop Ini Cerita Pengalamannya Hampir Dibaham Buaya Ketika Di Malaysia

Semasa buat siaran langsung, Han sempat berkata yang dia teringin melawat semula Malaysia, beberapa kali bercerita tentang Malaysia seperti Bak Kut Teh, makanan kegemarannya ketika mendiami negara syurga makanan itu.

“Saya pernah tinggal di Malaysia dan semasa duduk sana saya sangat suka buah manggis,” katanya dalam siaran langsung suatu ketika dulu.

2 6

Akhirnya dia kembali ke Korea untuk menjalani sesi uji bakat. Dia ‘bermesyuarat’ dengan orang tuanya bahawa dia akan terus beralamat di Korea sekiranya berjaya tembus uji bakat tersebut.

Semasa ke sebuah syarikat hiburan, dia ditemani rakannya sebab takut pergi sendiri. Kemudian mereka sempat ke uji bakat secara private dengan JYP Entertainment meskipun harapan semakin layu untuk diterima.

Namun mereka tetap optimis yang sekurang-kurangnya mereka berpeluang menjejakkan kaki ke syarikat gergasi K-pop Big3 dan terserempak dengan artis-artis sekiranya gagal dalam uji bakat. Kawan Han memilih untuk menyanyi manakala dia pula rap.

3 5

Ketika mereka hendak pulang, seorang wanita meminta Han untuk datang semula bagi menjalani uji bakat lanjutan.

Han diterima menjadi pelatih di bawah naungan JYP Entertainment pada 2014. Kemudian dia mendalami ilmu rap di DEF Applied Music Academy.

Baca lagi: Mana Lagi Susah, Rap Dalam Bahasa Inggeris Atau Korea? Ini Jawapan Lisa Blackpink

Setelah menjadi pelatih K-Pop selama tiga tahun dan menyertai survival show, akhirnya dia debut bersama lapan member lain lagi sebagai kumpulan Stray Kids pada Oktober 2017. Kini anggota band itu tinggal lapan setelah Woojin tinggalkan Stray Kids.

Sumber: [1]