Home K - Pop Artis K-Pop Ini Cerita Pengalamannya Hampir Dibaham Buaya Ketika Di Malaysia

Artis K-Pop Ini Cerita Pengalamannya Hampir Dibaham Buaya Ketika Di Malaysia

0

Han memegang posisi rapper dalam kumpulan K-pop Stray Kids. Dalam episod siri web ‘Two Kids Room’, dia ditanya apakah kenangan yang paling menakutkan.

Lantas dia membuka cerita tentang kejadian yang berlaku beberapa tahun lalu, semasa dia berpindah ke Malaysia bersama keluarganya buat sementara waktu.

Baca lagi: Han Stray Kids, Rapper Yang Pernah Tinggal di Malaysia

Baca lagi: Wanita Korea Ini Kata Lelaki Malaysia Lebih Baik Daripada Lelaki Di Negaranya

“Saya pernah tinggal di Malaysia. Di Malaysia, ayah saya buat lawatan masuk ke hutan. Terdapat banyak hutan di Malaysia, tapi ada satu tempat ni yang awak boleh masuk.” kata Han.

Kemudian dia menjelaskan lagi laluan yang mereka lalu dengan bot dan ternampak sebuah kawasan sungai cetek di mana mereka boleh berenang.

Tiba-tiba, satu kejadian ngeri berlaku dan dia tidak akan lupa detik-detik cemas itu.

8 3

“Kami masih berada di dalam hutan, hujan pula turun dengan lebatnya. Biasanya air cetek, tapi bila hujan, air mencapai paras pinggang untuk orang dewasa. Saya pula budak kecil lagi masa tu. Air naik sampai ke leher saya!”

Dia melanjutkan cerita bagaimana dia hampir lemas dan nyaris dibedal buaya.

“Saya dihanyutkan ke arah air terjun dan sempat pegang batu. Saya cuba bertahan, saya dah macam… ‘Apa aku nak buat ni? Apa aku nak buat ni?’ Bila berpaling belakang, terkejut saya bila tengok ada ekor buaya! Matilah saya kalau lepas batu tu.”

9 2
Gambar hiasan

Kemudian Han bersyukur kerana sempat diselamatkan oleh seorang pemandu pelancong tempatan yang menghulurkan tangan dan menariknya ke atas bot, menjauhkannya daripada mara bahaya.

“Salah seorang pemandu pelancong tempatan yang bekerja dengan ayah saya menarik saya ke atas bot, beritahu yang saya boleh cedera parah. Saya sangat terkejut dan sampai ke hari ini igauan itu muncul. Itulah kenangan yang paling menakutkan dalam hidup saya.”

Tonton video penuh di bawah:

Sumber: [1]