Home Artis Korea Han So Hee Positif Covid-19 Ketika Penggambaran Gyeongseong Creature 2

Han So Hee Positif Covid-19 Ketika Penggambaran Gyeongseong Creature 2

0

Dunia digemparkan dengan penyebaran wabak Covid-19 pada awal tahun 2020 yang lalu. Selepas mengalami fasa yang amat sukar, kini masyarakat dunia kembali boleh mengambil nafas lega kerana wabak Covid-19 seolah-olah sudah kurang memberi ancaman.

Walaupun sekarang kes mengenai Covid-19 jarang didengari, tetapi kita masih perlu berwaspada kerana wabak penyakit berjangkit jahat ini masih lagi wujud bersama kita pada hari ini.

Khabar kurang menyenangkan datang dari pelakon wanita Korea Selatan iaitu Han So Hee. Dipetik dari KBIZoom, pelakon ini diberitakan positif COVID-19 pada Selasa, 12 September 2023.

Pada waktu ini, Han So Hee sedang menjalani kuarantin di kediamannya dan pastinya dia sedang beristirehat untuk memulihkan dirinya semula. Sebelum disahkan positif dengan wabak Covid-19 ini, Han So Hee sebenarnya sedang sibuk menjalani sesi penggambaran drama siri terbarunya iaitu Gyeongseong Creature 2 (2023).

 

1. Han So Hee sedang menjalani penggambaran Gyeongseong Creature 2

Han so heeDrama siri Gyeongseong Creature direncanakan akan ditayangkan pada akhir tahun 2023 ini. Sebelum ini, drama siri ini juga pernah dijadualkan akan ditayangkan di Netflix pada tahun 2022. Han So-hee, Park Seo Joon, dan para pelakon lain kembali menjalankan proses penggambaran untuk drama siri tersebut. Hingga kini, jadual penayangan yang pasti masih belum diumumkan.

 

2. Han So Hee sudah tidak sedap badan sejak Jumaat, 8 September 2023

IMG 4455Sewaktu menjalani proses penggambaran pada Jumaat, 8 September 2023, OSEN memberi laporan bahawa Han So-hee tidak sedap badan. Keesokan harinya dia menjalani ujian dan disahkan positif COVID-19. Belum ada maklumat lanjut tentang sambungan proses penggambaran Gyeseong Creature 2. Adakah penggambaran akan diteruskan tanpa Han So Hee atau tidak? Atau adakah pihak produksi akan berehat sekejap.

 

3. Sejak positif Covid-19, Han So Hee berehat di rumah

e545bb70 8c45 427e 804a 877516a3768aSejak disahkan positif Covid-19 pada Sabtu lalu, Han So Hee memilih untuk berehat di rumah. Belum ada maklumat lebih lanjut tentang keadaan Han So-hee ketika artikel ini dikeluarkan.

Semoga cepat sembuh untuk Han So-hee, semoga kru penggambaran dan pelakon-pelakon lain juga dalam keadaan sihat!

Baca juga: The Kidnapping Day, Tayang 13 September, Yoon Kye Sang Culik Anak Amnesia
Baca lagi: 6 Filem Original Netflix Tayang September Ini