Home Entertainment 6 Filem Original Netflix Tayang September Ini

6 Filem Original Netflix Tayang September Ini

0

Nampaknya tajuk-tajuk baru terus bertambah di Netflix. Salah satu jenis cerita yang dinantikan oleh para penonton tentunya filem original yang tayang eksklusif di platform ini.

Filem terbitan Netflix ini berasal dari pelbagai penjuru dunia, dengan keunikan ceritanya masing-masing.

Buat anda pelanggan Netflix, berikut ini adalah 6 buah filem original Netflix terbaru yang ditayangkan pada September 2023.

 

1. A Day and a Half (2023)

IMG 4369

A Day and a Half merupakan debut pengarah Fares Fares, yang juga berlakon dalam filem ini. Filem aksi thriller Sweden ini menceritakan tentang seorang ayah yang putus asa dan ingin bertemu kembali dengan anak perempuannya. Dia tekad menyerang hospital tempat isterinya bekerja untuk memaksanya mengungkapkan lokasi anak mereka.

Perkara ini berlanjutan selama setengah hari, sewaktu dia menculik dan menawan anaknya dan perjalanan mereka ke sebuah kampung. Sementara itu, polis terus mengejar dari belakang. A Day and a Half telah tayang di Netflix bermula 1 September 2023.

 

2. Friday Night Plan (2023)

42e9250f 87a3 4b51 b6d6 7d9407a66c45Filem komedi original Netflix tentang remaja India ini diarahkan oleh Vatsal Neelakantan. Menceritakan tentang dua saudara yang tidak pernah sebulu. Tetapi, ketika ibu mereka meninggalkan mereka untuk urusan perniagaan, kedua-dua mereka bekerjasama untuk secara sembunyi menghadiri pesta paling ‘hot’ tahun ini. Mereka perlu melakukannya sebelum ibu mereka kembali. Friday Night Plan telah tayang di Netflix pada 1 September 2023.

 

3. What If? (2023)

f8c49808 0d44 49fe ae8f bf095df79159Dari Asia Tenggara juga tidak ketinggalan, kali ini filem original Netflix What If? karya pengarah Emmanuel Quindo. Filem drama romantik Filipina ini menceritakan tentang sepasang ahli muzik yang terjebak di tengah-tengah ribut di sebuah pulau sewaktu mereka sedang berbulan madu. Sewaktu dapat mencari jalan keluar, kedua-duanya dihadapkan dengan kebenaran pahit yang mungkin mengancam perkahwinan mereka. What If? telah tayang di Netflix pada 7 September 2023.

 

4. Once Upon a Crime (2023)

NetflixFilem original Netflix membawa genre misteri komedi Jepun arahan pengarah Yuichi Fukuda ini diadaptasi dari novel berjudul Akazukin, Tabi no Tochu de Shitai to Deau karya Aito Aoyagi. Menceritakan tentang seorang detektif yang dikenali dengan nama si Kerubung Merah. Dia sedang menghadiri majlis tarian kerajaan ketika muncul sebuah kes misteri. Si Kerubung Merah turut terseret dalam teka-teki ini dan perlu memecahkannya sebelum tengah malam. Once Upon a Crime tayang di Netflix pada 14 September 2023.

 

5. Ehrengard: The Art of Seduction (2023)

Filem netflixFilem romantik original Netflix dari Denmark arahan Bille August ini mengambil latar pada era sejarah. Ceritanya tentang seorang pakar cinta bernama Cazotte. Dia diminta untuk mengajar Putera Mahkota yang pemalu tentang selok belok dunia percintaan dan mendapatkan jodoh.

Namun, terjadi sebuah skandal yang membuat segalanya huru hara. Pakar cinta ini juga terjebak dalam kisah romantiknya sendiri. Filem ini tayang di Netflix pada 14 September 2023.

 

6. Love at First Sight (2023)

Original netflixLove at First Sight merupakan filem original Netflix drama romantik Amerika Syarikat yang diarahkan oleh Vanessa Casswill. Menceritakan tentang dua orang asing; Hadley dan Oliver yang bertemu di dalam kapal terbang sewaktu penerbangan dari New York ke London. Dengan cepat mereka berdua menjadi akrab dan saling jatuh cinta.

Namun, sewaktu melalui pemeriksaan kastam cukai, mereka terpisah dan tidak berjumpa lagi. Tampaknya mustahil untuk Hadley dan Oliver boleh bertemu kembali. Tetapi cinta selalu mempunyai cara untuk mengatasi segala rintangan. Love at First Sight tayang di Netflix pada 15 September 2023 nanti.

Enam buah filem original Netflix yang tersenarai di atas akan menemani anda sepanjang bulan September ini. Dari genre thriller, komedi, misteri, hingga romantik. Dari Sweden, Filipina, Jepun, hingga Amerika. Filem manakah saja yang menarik minat anda? Jangan lupa untuk menonton ya!

Baca lagi: 8 Fakta Survival Show Korea The Devil’s Plan, Tayang Di Netflix September Ini
Baca juga: Song Of The Bandits, 10 Fakta Watak Utama Kdrama Terbaru Netflix