Home News Han So Hee Cedera Ketika Penggambaran, Sedang Jalani Rawatan

Han So Hee Cedera Ketika Penggambaran, Sedang Jalani Rawatan

0

Han So Hee, aktress jelita telah dilaporkan cedera di bahagian muka ketika melakukan penggambaran “Gyeonseong Creature”. Sebuah berita tempatan melaporkan bahawa pelakon itu telah cedera ketika melakukan aksi tempat tinggi. Sejurus itu, pelakon tersebut telah dihantar ke hospital bagi mendapat kan rawatan.

han sohee injured 696x522 1

Agensi Han So Hee telah memberi respons terhadap perkara itu, “Han So Hee tercedera di bahagian mata. Namun, keadaan nya tidak begitu serius dan telah dipindahkan ke hospital berdekatan untuk rawatan kecemasan.”

Kakitangan drama tersebut turut memaklumkan bahawa sepanjang tempoh Han So Hee pulih, keadaan beliau akan dipantau dan perkara itu tidak memberi kesan kepada jadual penggambaran.

han sohee

Dalam pada itu, “Gyeongseong Creature”,sebuah drama thriller makhluk mengenai dua anak muda yang mementingkan kelangsungan hidup dan terpaksa berdepan dengan raksasa yang tamak pada musim bunga tahun 1945, di mana waktu itu adalah sekelam-kelamnya. Kisah mereka melawan antara hidup dan mati selain membangkitkan persoalan mengenai maruah manusia dan kemanusiaan yang merupakan katarsis mengghairahkan.

Sumber: KimchiDaily 

Baca artikel terdahulu: Ini Respons Han So-Hee Bila Dirinya Jadi Rebutan