Home Entertainment Ini Respons Han So-Hee Bila Dirinya Jadi Rebutan

Ini Respons Han So-Hee Bila Dirinya Jadi Rebutan

0

Peminat K-Drama secara umumnya pasti mengenali sosok aktres jelita yang sedang meningkat naik dan sentiasa menjadi rebutan penerbit, Han So-hee.

Menerusi temu bual dalam sebuah program televisyen, So-Hee ditanya tentang faktor atau kelebihan yang menyumbang penerimaan peminat dan industri terhadap dirinya.

“Saya sendiri tak pasti apa pesona saya dan apa yang membuatkan anda sukakan saya hingga ke saat ini.

“Disebabkan tidak tahu, jadi saya cuba konsisten beri yang terbaik dan berdedikasi.” katanya.

Ditanya mengenai visinya sebagai pelakon, So-hee mahu menjadi aktres yang dapat menjiwai semua watak yang diberikan tanpa wujud rasa tertekan.

“Saya mahu mengekspresikan apa sahaja naskhah yang diberikan dengan lebih berhati-hati dan tegas.

“Saya tahu itu bukan mudah, tetapi saya yakin boleh melakukan yang terbaik pada masa hadapan,” ujarnya.

Sumber: [1]