Home Kdrama/Kmovie Rasa Nak Menangis Tapi Tak Tahu K-Drama Apa Yang Best Disaat Sendu,...

Rasa Nak Menangis Tapi Tak Tahu K-Drama Apa Yang Best Disaat Sendu, 5 K-Drama Ini Mampu Membuatkan Anda Menangis Teresak-Esak

0

Setiap orang mempunyai hari di mana mereka memerlukan tangisan yang baik. Ada yang mengatakan bahawa kadangkala menangis adalah cara yang terbaik untuk melegakan ‘stress’ yang mungkin terpendam di dalam diri.

CZuHapiUYAAreav

Walaupun K-drama adalah cara terbaik untuk menghilangkan tekanan dalam bentuk ketawa dan aksi yang comel, terdapat juga beberapa drama yang sangat menyedihkan yang boleh menimbulkan perasaan untuk menangis. Berikut adalah 5 daripada K-drama tersebut.

1. Uncontrollably Fond

Shin Joon Young (Kim Woo Bin) ialah seorang pelakon terkenal yang bertemu dengan No Eul (Suzy), seorang juruvideo untuk dokumentari.

uncontrollably fond1

Dia ditugaskan untuk mendokumentasikan Joon Young, tetapi kedua-duanya ternyata mempunyai sejarah silam.

Mereka telah bertemu di sekolah menengah, dan selepas banyak salah faham dan terlepas beberapa peluang, kedua-duanya memilih jalan berasingan tanpa mengetahui perasaan sebenar masing-masing.

No Eul tidak berniat untuk menghidupkan semula perasaannya terhadap Joon Young, tetapi Joon Young nampaknya berfikir sebaliknya. Dia bertekad untuk merebut semula hati No Eul.

Sediakan tisu kerana drama ini akan membuatkan anda bergenang air mata. Kisah ini menceritakan tentang penyesalan, kematian, kepentingan kekeluargaan, dan sudah tentu, cinta.

uncontrollably fond

Siri ini akan banyak bermain dengan hati dan perasaan anda tetapi akhirnya mampu untuk memenangi hati penonton semula, membuatkan anda mahu menangis lebih banyak lagi.

Anda boleh tonton disini: Uncontrollably Fond

2. Queen for Seven days

“Queen for 7 Days” dibintangi oleh Park Min Young sebagai Ratu Dangyeong Era Joseon. Dia terpaksa melepaskan gelarannya sebagai Ratu serta lelaki yang dicintainya (Yeon Woo Jin) hanya tujuh hari selepas memiliki takhta Ratu.

queen for seven days

Kisah cinta Permaisuri Dangyeong yang tragis dan menyayat hati ini dan ketidakadilan yang dikurniakan kepada beliau dan orang tersayangnya sememangnya tidak dapat dilupakan.

Kisah cinta yang tidak berbalas dan ketidakupayaan mereka untuk bersama walaupun cinta mereka tulus akan membuatkan anda menangisi mereka sehingga ke akhirnya. Lakonan cemerlang Park Min Young pasti juga membangkitkan banyak emosi yang kuat!

park min young

Anda boleh tonton disini: Queen for Seven days

3. The Red Sleeve

Berdasarkan novel, “The Red Sleeve” ialah sebuah K-drama bersejarah yang mengisahkan tentang seorang maharaja bernama Yi San (Lee Junho) yang jatuh cinta dengan seorang wanita istana bernama Seong Deok Im (Lee Se Young).

the red sleeve

Walaupun berbeza kelas dan status, kedua-duanya terlibat dalam percintaan yang mendalam sambil mencuba untuk memperjuangkan bangsa mereka.

Drama ini berkisarkan Raja Jeongjo, yang merupakan seorang pemerintah yang mulia dan hebat, dan telah benar- benar jatuh cinta dengan seorang wanita.

Ia mungkin kelihatan seperti jalan cerita percintaan yang standard, tetapi ada sesuatu tentang drama bersiri ini yang benar-benar menarik perhatian.

red sleeve

Adegan, skrip, pandangan dan gerak isyarat yang romantik itu langsung tidak ‘cheesy’, malahan sangat mencuit hati.

Melihat betapa Maharaja begitu menyayangi wanita istananya walaupun tidak mengetahui perasaan wanita itu terhadapnya adalah sangat cantik dan patut ditonton.

Anda boleh tonton disini: The Red Sleeve

4. Scarlet Heart Ryeo

IU membintangi sebagai seorang gadis yang bertuah bernama Hae Soo dalam “Scarlet Heart: Goryeo.”

Hae Soo dihantar kembali ke zaman Goryeo di mana dia secara ajaib telah bertemu dengan keluarga diraja yang terdiri daripada ramai putera yang tampan – kebanyakannya jatuh cinta dengannya.

scarlet heart

Apabila dia jatuh cinta dengan seseorang dan hatinya hancur, dia akhirnya terjatuh cinta dengan abang “jahat” Wang So (Lee Joon Gi).

Ia adalah kisah cinta yang tragis kerana Wang So mesti memilih tanggungjawab daripada cinta, dan ia telah mengakibatkan Hae Soo menjadi patah hati.

Walaupun ia tidak mempunyai banyak detik yang gembira, ia adalah siri yang patut ditonton untuk kisah cinta romantis antara kedua-dua pelakon utama dan barisan pelakon sokongan yang luar biasa.

scarlet heart

Tragedi di penghujungnya akan menghantui anda selama-lamanya dan mungkin membuatkan anda merindui musim kedua untuk membaiki hati anda yang telah hancur.

Anda boleh tonton disini: Scarlet Heart Ryeo

5. The Smile Has Left Your Eyes

Dibintangi oleh Seo In Guk sebagai Kim Moo Young dan Jung So Min sebagai Yoo Jin Kang, “The Smile Has Left Your Eyes” pastinya berbeza daripada mana-mana K-drama yang akan anda tonton tahun ini.

Moo Young adalah seorang lelaki yang tidak mengetahui kebenaran tentang apa yang telah berlaku kepada ibu bapanya ketika dia masih kecil.

the smile has left your eyes

Dia kemudian telah bertemu dan jatuh cinta dengan Yoo Jin Kang, dan walaupun tanggapan awal Jin Kang terhadapnya agak negatif, dia mula jatuh cinta dengannya juga.

Jin Kang yang diambil sebagai anak angkat oleh abangnya (lakonan Park Sung Woong) bermain dalam jaringan misteri yang terjerat pada masa lalu.

Dari awal lagi watak Moo Young adalah misteri, jadi ia agak sukar untuk menentukan sama ada dia mempunyai niat yang baik atau buruk.

ae17998ca9ec411294be5ebb9daad823

Ia memerlukan beberapa episod untuk benar-benar memahami wataknya dan masa lalu yang tragis yang dialaminya akhirnya telah menjadikannya seorang lelaki yang misteri.

Pengakhiran siri ini bukan sahaja akan membawa anda melalui liku-liku, tetapi ia dijamin akan merobek hati anda. Jangan kata saya tidak memberi amaran kepada anda!

Anda boleh tonton disini: The Smile Has Left Your Eyes

viu premium access malaysia 1639157248 374d7947 progressive 1

Nak Tengok Kat Mana?

Anda boleh stream atau download drama-drama ini di aplikasi atau website Viu. Untuk menonton dengan selesa tanpa gangguan iklan, aktifkan akaun anda ke premium.