Heechul Super Junior mendedahkan rancangannya untuk berkahwin tahun depan.

Heechul memberitahu secara umum bahawa, “Tahun depan, saya akan berkahwin walau apa pun yang terjadi,” dalam program hiburan SBS ‘Same Bed, Different Dreams 2: You Are My Destiny,’ yang disiarkan pada 1 Ogos.

1659391224 untitled 1

Heechul mendedahkan harapannya untuk berkahwin tahun depan tetapi, walau bagaimanapun dia mengaku bahawa dia tidak mempunyai teman wanita.

Dia kemudian terus berkata, “Saya akan memakai sut merah apabila saya berkahwin,” mengejutkan semua orang.

Dia menghuraikan, “Saya mahu menghapuskan stereotaip yang setiap kali ingin berkahwin, pengantin lelaki kena memakai sut hitam dan pengantin perempuan kena memakai pakaian yang berwarna putih.

3804383448

Bagaimanapun, kawan baiknya yang juga seorang pengantin baru, Son Bam Bi, berpendapat sebaliknya.

Dia berpendapat bahawa Heechul tidak akan dapat berkahwin pada tahun depan dan menjelaskan, “Bagi awak, teman wanita awak bukan nombor 1,” dan dia menyambung, “Saya tidak fikir perkahwinan adalah perkara yang penting untuk awak.”

Bagaimanapun, Heechul membantah sambil berkata, “Kalau macam tu, siapa yang saya kena utamakan? Saya dan keluarga nombor 1.”  

 

Baca lagi: Rosé Dan Lisa BLACKPINK Tak Sengaja Beri Spoiler Album ‘Born Pink’ Tapi Tiada Siapa Yang Perasan!

Baca lagi: Story Instagram Terbaru KARA Gyuri Buatkan Peminat Risau

Sumber: [1]

Previous articleHan So Hee Cedera Ketika Penggambaran, Sedang Jalani Rawatan
Next articleMempunyai Lebih 10 Alahan, Isa STAYC ‘Struggle’ Untuk Hidup

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here