Home News Filem Countdown Berdasarkan Kisah Benar, Bekas Peninju Olimpik Melatih Kaki Gaduh Sekolah

Filem Countdown Berdasarkan Kisah Benar, Bekas Peninju Olimpik Melatih Kaki Gaduh Sekolah

0

Countdown dibintangi oleh Jin Seon-kyu, Sung Yoo-bin, Oh Na-ra, Ko Chang-seok, Jang Dong-joo, Ko Kyu-pil, membawa genre komedi dan sukan ini kini dapat ditonton di Viu!

Countdown

Filem “Countdown” ini diadaptasi berdasarkan kisah benar mengisahkan tentang Park Si Heon (lakonan Jin Seon Kyu), bekas pemenang pingat emas Olimpik Seoul 1988 yang kini menjadi guru pendidikan jasmani yang bermasalah.

IMG 7626

Sebagai bekas peninju, Park Si Heon berasa seperti dia telah mengalami dua kali kematian. Pertama, apabila dia memenangi pingat emas paling kontroversi dalam Sukan Olimpik 1988 dan kedua, apabila kerjayanya berakhir sebaik sahaja memenangi pingat emas itu.

IMG 7621

Kini dalam kehidupan ketiganya sebagai guru pendidikan jasmani yang keras kepala di bandar kecil, dia diganggu oleh pengetua untuk melatih pasukan tinju sekolah.

Walaupun berat hati pada mulanya, Si Heon menjadi bersemangat untuk membentuk pasukan apabila bertemu Yoon Woo (Sung Yoo Bin), seorang bintang tinju yang berbakat.

Yoon Woo walaupun dikenali sebagai petinju hebat yang pandai bertinju, dia selalu kalah kerana permainan kotor dalam perlawanan.

IMG 7616

Mengetahui dan marah dengan apa yang terjadi kepada Yoon Woo, Si Heon memutuskan untuk mewujudkan kelab tinju di sekolah tempatnya mengajar. Dari sana, dia merekrut Yoon Woo, Hwan Joo, Bok An yang merupakan pelajar-pelajar bermasalah di sekolah bergabung dalam kelab tinju miliknya.

Bersama-sama, Si Heon dan pasukan underdognya berusaha membuktikan bahawa mereka mempunyai apa yang diperlukan untuk menjadi juara sejati.

Walaupun demikian, perjalanannya tidak mudah. Banyak juga rintangan yang harus dilaluinya.

Mampukah pengalaman dan bakatnya digunakan untuk membentuk atlet kebanggaan sekolah atau sebaliknya.

Jom tonton filem komedi lakonan Jin Sun Kyu, Countdown. Stream di Viu!

Langgan Viu Premium juga untuk menonton pelbagai genre filem Korea tanpa sebarang gangguan iklan.

Baca lagi: Kmovie Viu: Hyun Bin & Lee Ji Hoon Buat Comeback, Layan 2 Kmovie Thriller & Romantik Komedi dibintangi Mereka
Baca juga: 2 Kdrama Viu Original Rowoon, Cha Eun Woo Paling Dinantikan Oktober Ini