Home Artis Korea Fakta Nana After School, Drama serta Filem Dibintanginya

Fakta Nana After School, Drama serta Filem Dibintanginya

0

Nana After School merupakan seorang penyanyi, pelakon, dan model terkenal di industri hiburan Korea Selatan. Terbaharu, Nana menjadi tumpuan hangat setelah membintangi drama siri adaptasi Webtoon “Mask Girl”.

IMG 1407

Nana After School berusia 31 tahun ini juga merupakan bekas ahli girl band Korea Selatan After School. Nana memulakan debutnya pada tahun 2009 dengan bersama Pledis Entertainment.

BIODATA NANA AFTER SCHOOL 

Nana after school

Nana After School lahir pada 14 September 1991, di Cheongju, Korea Selatan dan nama lahirnya adalah Im Jin Ah. Dia berasal dari klan Pyeongtaek Im. Keluarganya terdiri daripada ayah dan ibunya, Nana adalah anak tunggal.

Nana kelulusan dari Ochang High School di Cheongju, Korea Selatan. Setelah itu, dia sambung belajar di Institut Seni Seoul dan lulus dengan gelaran Bachelor of Arts.

Tidak banyak maklumat yang kita dapat tentang kehidupan awal dan masa kecilnya. Namun, kita tahu bahawa dia pernah menyertai pertandingan Super Model Asia Pasifik 2009.

IMG 1398

Nana dikenali dengan penampilannya yang menarik, dan ramai peminatnya terinspirasi sehingga menjadikan Nana sebagai “role model” untuk kelihatan menarik dan ramping. Dengan ketinggiannya 171 cm dan berat badan 48 kg, sudah pasti bentuk tubuh seperti ini yang menjadi kegilaan para wanita.

PERMULAAN KERJAYANYA

IMG 1445

Nana memulai kerjaya profesionalnya sebagai ahli After School bersama Raina sebagai ahli generasi ketiga dengan melancarkan EP kedua After School bertajuk “Because of You”. Setelah itu, artis tersebut juga membentuk sub-unit bernama Orange Caramel bersama dengan sesama ahli Raina dan Lizzy.

IMG 1449

Mereka juga telah melancarkan dua mini album bertajuk “Magic Girl” dan “A-ing”. Setelah itu, Nana After School juga memulai kerjaya solonya dan merakam lagu bertajuk “Close Your Eyes” pada tahun 2010.

IMG 1443

Berikut beberapa single Nana After School:

• Close Your Eyes (2011)
• Eyeline (2012)
• This Person (2012)
• Sleeping Forest (2013)
• Ma Boy 3 (2013) by Electroboyz feat. Nana
• Wait A Minute (2013) by Hello Venus feat. Nana

Nana juga telah menyanyikan OST bertajuk “Our Memories in Summer” untuk drama Korea Selatan “Memorials” pada tahun 2013.

Selain sebagai penyanyi profesional, Nana After School juga debut dalam bidang lakonan di beberapa filem berikut:

• White: Melody of Death (2011)
• Fashion King (2014)
• Go Lala Go 2 (2015)
• The Swinders (2017)
• Confession (2020)

Dia juga beberapa kali tampil dalam kdrama seperti:

• Love Weaves Through a Millennium (2015)
• The Good Wife (2016)
• Kill It (2019)
• Justice (2019)
• Oh My LadyLord (2021)
• Genesis (2021)
• My Man is Cupid (2022)
• Glitch (2022)
• Mask Girl (2023)

Nana juga terlibat di beberapa rancangan TV, seperti:

• Playgirlz School (2010)
• Tokyo Brand New Girls (2012)
• Style Log (2014)
• Roommate (2014)
• Muse Dress (2014)
• Real Men: Female Special (2016)

ANUGERAH DAN PENCAPAIAN

Sepanjang kerjayanya, artis ini telah menerima pelbagai anugerah:

• Tony Moly K-Beauty di Style Icon Awards ke-7
• Artis terbaik di Asia Artist Awards
• Artis Paling Popular di Korea Film Actors Association Awards ke-6
• Bazaar Icon Award di Baeksang Arts Awards ke-54
• Artis Paling Popular di Chunsa Film Art Awards ke-23
• Excellence Award untuk Artis dalam Miniseri di KBS Drama Awards 2019
• Penghargaan Pasangan Terbaik, Artis dalam Miniseri di Penghargaan Drama KBS 2020

Jika anda meminatinya, anda juga boleh mengikuti Instagram peribadinya di @jin_a_nana yang kini memiliki seramai 4.2 Juta pengikut.

Baca lagi: Watak Nana dalam “Mask Girl” Dikecam Kerana Melampau dan Provokatif
Baca juga: Usia Sebenar 7 Pelakon Mask Girl, Jangan Terkejut
Baca lagi: Review : Pembedahan Plastik, Misteri dan Pembunuhan? “Mask Girl” Menyajikan Sebuah Kisah Thriller Saspen