Home Entertainment Fakta Menarik Watak Kim So Yeon Sebagai Cameo Dalam “Taxi Driver 2”

Fakta Menarik Watak Kim So Yeon Sebagai Cameo Dalam “Taxi Driver 2”

0

Kim So Yeon membuatkan para peminat terkejut dengan penampilan istimewanya dalam episod terakhir Taxi Driver 2!

Kim So Yeon merupakan salah seorang pelakon wanita ternama yang muncul sebagai cameo dalam drama siri SBS ini. Pada awalnya pelakoh hebat ini disangkakan akan membawa watak villain, tetapi rupa-rupanya watak Kim So Yeon adalah seorang protagonis yang membuatkan penonton lebih terkejut.

Jom kita lihat fakta watak Kim So Yeon sewaktu menjadi cameo dalam Taxi Driver 2:

Peringatan, artikel ini mengandung spoiler!

1. Muncul dengan kejutan sebagai seorang penyelamat

3704ac54 3d44 4dc7 83df 2d7278fecf61Babak kemunculan Kim So Yeon menjadi salah satu adegan yang paling epik dalam drama siri Taxi Driver 2. Dengan memandu teksi mewah, dia muncul untuk menyelamatkan pasukan Teksi Pelangi.
Sambil memandu kereta, dia menembak satu per satu penjahat yang memerangkap pasukan Teksi Pelangi. Dia menggunakan senjata laras panjang yang membuatkan penampilannya memancarkan vibe retro, mirip dengan wataknya dalam drama siri terbaru Tale of the Nine Tailed 1938.

Baca Lagi: The Tale Of A Nine Tailed Fox 1938 Bakal Tayang Mei Ini

2. Wataknya merupakan pemandu taksi mewah yang pertama

07fa8c6f 63d7 469a a4e0 d3150f4baa7cWatak yang dilakonkan oleh Kim So Yeon dikisahkan menerima panggilan telefon dari Jang Sung Chul (Kim Eui Sung) yang meminta bantuan. Jang Sung Chul menghubunginya sebagai langkah akhir sebelum menemui On Ha Jun (Shin Jae Ha) di Penjara Jangsan. Rupa-rupanya Kim So Yeon dalam Taxi Driver 2 ternyata merupakan pemandu teksi mewah pertama sebelum Kim Do Gi (Lee Je Hoon). Dia telah berhenti dari tugasannya bersama pasukan Teksi Pelangi sebelum Kim Do Gi dan tiga anggota yang lain bergabung bersama Jang Sung Chul. Namun dia masih menyimpan pager sebagai tanda anggota kumpulan.

3. Dikisahkan menetap di Jepun

53b30db1 f5c3 4408 8f4f cda290ace4b9Dalam adegan flashback (imbas semula), wataknya kelihatan sedang berada di sebuah bar atau restoran. Dua orang pelayan di sana berbual dengannya menggunakan bahasa Jepun sehingga boleh dianggap bahawa dia menetap di negara tersebut. Menariknya, dalam babak yang sama, kedua-dua pelayan tadi memanggilnya dengan panggilan “pemandu”. Kemungkinan besar dia masih sebahagian dari pasukan Teksi Pelangi. Namun belum jelas adakah dia menjadi pemandu biasa atau penyelamat seperti kerjanya dahulu.

4. Mempunyai kemahiran memandu yang hebat

527a60d3 9976 4034 bee2 0bd4a5dab36c 1Sebagai pemandu teksi mewah pertama sebelum Kim Do Gi, dia mempunyai kemahiran memandu yang sangat luar biasa. Selain itu, dia juga mahir dalam pertarungan sama seperti Kim Do Gi, kemampuannya dalam mengalahkan ramai penjahat dalam satu-satu masa sangat mengagumkan.

5. Memiliki gaya fesyen yang unik

6261ef9d 88ac 4e98 952d ab45aac566b9Setiap watak yang dibawa oleh Kim So Yeon dalam dramanya dikenali mempunyai gaya fesyen yang unik. Begitu juga dengan wataknya dalam Taxi Driver 2. Walaupun cuma muncul untuk beberapa minit, dia berjaya tampil menawan dengan gaya fesyennya. Dia memakai baju serba hitam dengan gaya ala-ala cowboy. Dia melengkapkan penampilannya dengan kacamata dan topi floppy berwarna sama. Penampilannya sangat stylish dan memukau!

Walaupun cuma tampil sebagai cameo, lakonan Kim So Yeon dalam Taxi Driver 2 berjaya mencuri perhatian. Ramai juga peminat yang berharap dapat menyaksikan aksinya sebagai pemandu teksi mewah dalam episod istimewa!

Jadi, pastikan anda tonton Taxi Driver 2 hanya di platform striming Viu Malaysia!

Baca Juga: Taxi Driver 2 Menguasai Kedudukan Drama dan Pelakon